| catatan | hubungi kami | galeri | kalendar | hiperlink >>
Siapa Kamilz? Siapa Noraini? Siapa Naqib? Siapa Naqia? Siapa Aqlan?
 

My.Yahoo


Waktu Solat Taman Ixora, BBST Daerah Sepang Selangor Waktu: Asar
Jumaat 30/07/2010 
Imsak 05:41
Subuh 05:51
Syuruk 07:12
Zuhur 13:22
Asar 16:44
Maghrib 19:30
Isyak 20:43



Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.

Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | Seterusnya >>

Istilah Perubatan Yang Berkaitan ::
Isnin 31 Mei 2010
Jam 22:20:50 MYT GMT+8 Ulangtahun Perkahwinan ke-7


7 Tahun yang lalu tepat jam 1.10 petang, bertempat di Masjid Jamek Sultan Abdul Halim - Sidam Kiri Padang Serai Kedah , Sidam Kiri Kedah, aku selamat diijab kabulkan dengan isteriku yang tercinta, Noraini Binti Romlie dengan sekali lafaz..



Kini kami telah dikurniakan 3 cahaya mata, Naqib 6 tahun, Naqia 3 tahun & Aqlan yang masuk tahun petama ogos ini..



Happy anniversary... Moga hidup kami sekeluarga kekal bahagia dengan kasih sayang-NYA dan berkekalan hingga ke syurga... amin...




+++++++++++

Hari ni juga aku tamat membaca buku ini setelah 24 hari aku beli...

Buku 474 halaman... "Natrah (1937-2009) Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha - Cinta.Rusuhan.Air Mata" Tulisan Fatini Yaacob, Penerbit UTM Press..






Rabu 12 Mei 2010
Jam 22:28:01 MYT GMT+8 Hari Ke-2 & Ke-3: ShenZhen, China


HARI KE-2

Hari ni breakfast kat hotel.. ambik buah2 dengan kerepek pisang je..



Pukul 9 bertolak ke Huawei.. +- 1/2 jam dari hotel.. Huawei ni dah macam 1 bandar.. luas sungguh kawasan dia.. daripada R&D, training/universiti, production semua kat sini..



Macamē teknologi/product yang diorang buat.. kat Malaysia yg selalu orang kenal Modem Mobile Broadband tu je la..

Selepas habis lawatan & taklimat di Exhibition Hall, University, Executive Training center & Huawei Data Center kami lunch di Huawei Restaurant & melihat demo buat "Kungfu Tea" juga di ruang legar restoran Huawei... Lepas lunch pergi ke melawat Logistic center. Dekat sini asal dia ada 300+ pekerja... sekarang tinggal dalam 30+.. sebab banyak robot yang buat kerja..





Lepas lawatan di Huawei balik ke hotel sekejap & pergi ke Luohu.. tempat untuk bershopping.. banyak la barang kat sini... china silk, bermacam jenis beg, jam (yang ditiru dari original), telefon2 iPhone, Nokia tiruan yg selalu org tertipu beli.. Thumbdrive2 yg juga orang selalu tertipu beli.. sekali dua pakai dah kondem... bukan setakat 8Gb/16Gb je.. yg 512Gb pun ada rasanya ubah firmware je kot... Memang ramai org tak galakkan beli..



Lagi 1 susah shopping kat sini sebab tanda harga tak ada.. bila kita tanya akan letak harga.. bila kita tawar dia yg akan tanya kita nak letak harga berapa... bila kita letak harga dan diorang tak setuju & kita tak nak, dioang akan kejar kita bagi offer harga lain sampai la terendah & kita setuju nak beli.. biasanya harga dia kurang dari separuh harga asal yang dia letak...

Lepas tu dinner dan balik hotel jam 10.30 malam...


HARI KE-3



Hari ni kami ke ZTE Coorporation... juga lebih kurang 1/2 jam dari hotel.. ZTE ni antara competitor Huawei.. sebab product line banyak yang lebih kurang sama..

Sampai di ZTE di ke dewan pameran, lawatan ke production dan diberi taklimat..



ZTE juga ada R&D worldwide, University & Production dia...

Lepas lunch, balik ke hotel sekejap & berjalan di ShenZhen..





Malam dinner di Kedai Makan Turkey & balik hotel 10 malam..

Esok kami akan kembali ke Malaysia..






Isnin 10 Mei 2010
Jam 23:44:03 MYT GMT+8 Hari Pertama: ShenZhen, China


Alhamdulillah.. Selamat Tiba di ShenZhen China.. sekarang menginap di Ritz-Carlton Hotel di ShenZhen China..

Luckily.. Internet di hotel ni complimentary.. dapat le akses free.. tapi tak bestnya di China ni Kerajaan dia tak benarkan akses FB... boleh update FB melalui SMS je la... kepada yg mesej kat FB tu maaf la.. tak dapat balas buat masa ni... try juga masuk melalui proxy/tunnel.. dapat masuk.. tapi captcha word tak keluarē...

Dari KLIA dengan MH72 9.15 pagi. 6 orang semuanya.. dengan bos, 2 dari SKMM dan 2 dari TM..

Landing kat Hong Kong lewat.. hujan.. landing dalam 1.20 petang.. (Ikut sechedule 1.00 pm). Sampai airport pun dengan 1 jam di Imegresen...

Staf Huawei jemput di HK Int. Airport.. naik 2 buah Toyota Alphard menuju ke ShenZhen, China... dekat imegresen nak masuk China pun lama juga sangkut..



Sampai hotel 4.00 pm. Lepas solat jamak zuhur+asar dalam 4.30 kami dibawa menonton China Folk Culture di Impressions Theater... lepas tu tak kemana.. cuaca hujan lebat hari ni..



Kami terus dibawa dinner di Muslim Restaurant.. dapatla kambing golek sekor...

Esok baru start lawatan kerja.. esok akan ke Huawei...









Di MAS Lounge KLIA... Baru Check-in MH 72 - KL - Hong Kong...



Akan terus ke Shenzhen China...



Doakan selamat dan dipermudahkan-NYA sepanjang musafir ini....



Sabtu 08 Mei 2010


Kali pertama dan terakhir berbunga orkid ni Mei, 3 tahun lepas... masa Naqia baru lahir.. masa tu di rumah Desa Pinggiran Putra dan berbunga 2 kuntum.

Setelah orkid berpindah rumah untuk kali ke-3.. bermacamē jenis baja dicurahkan.. Alhamdulillah... akhirnya berbunga semula.. tapi cuma sekuntum je kali ni...



kat rumah sekarang ni tak tau la.. tanam bunga susah betul nak berbunga... tak da pendebungaan yg baik kot.. tak pon yang tanam tu bukan "bunga".. heheheh...



Biasanya bunga dia ni tahan dekat 2 minggu... lepas tu tak tau le berapa tahun lagi nak tunggu..

Ada 1 lagi yang belum pernah berbunga langsung... beli masa Floria di Putrajaya juga 3 tahun yg lepas kalau tak silap.....




Rabu 03 Mac 2010
Jam 21:37:11 MYT GMT+8 Check-up Naqib di IJN 2010...


Hari ini aku ambik cuti.. hari appointment anak aku Naqib di IJN selepas setahun lebih.. last checkup Januari tahun lepas.

Pukul 9.15 bertolak dari rumah dan Sampai IJN lebih kurang pukul 10. Bawak kereta dengan kelajuan biasa ikut had laju ingat sampai di IJN lewat. Tengok jalan clear hari ni.. trafik light pun seakan bagi penghormatan kat aku yang sentiasa hijau bila aku nak lalu.. Lepas Keluar MEX di jalan Tun Razak pun clear... Appointment 11.35 pagi..

Lepas parking nak pergi ke tempat selalu buat check-up, dah tak ada. Dah banyak berubah IJN berbanding tahun lepas sejak bangunan baru IJN siap & digunapakai.



Rupanya Klinik Paediatrik dekat dengan parking kereta je. Penat je jalan jauh-jauh.



Dapat no queue 9055 dan tunggu di bilik 907. Tengok no queue masih 9051. Tapi dekat 10.30 nombor tak berubah-ubah. Mungkin lambat lagi, sebab ikutkan appointment 11.35 aku dengan Naqib pun pergi kafetaria untuk sarapan pagi. Jauh betul kafe sekarang. Di hujung bangunan baru.



Lepas makan balik ke paediatrik. Tengah tunggu tu, dapat call dari IJN.. rupanya Naqib dah dipanggil banyak kali sebelum ni. Jam baru 10.57 pagi..

Masuk bilik doktor.. Dr. Chan Tee Ling.. rasanya Dr. ni kali pertama check Naqib. Dr. ambik Echo.. lama juga Dr. ni ambik berbanding check-up sebelum ni.



Lepas habis buat echo, Dr. suruh Naqib buat ECG.. lepas buat ECG ambil blood pressure dan  balik semula jumpa Dr.



ECG Naqib lebih kurang sebelum ini juga. Normal.. Blood preasure pun normal 112/57 & pulse 78.. Namun doktor cakap bengkak pada injap sambungan yang dioperate dulu macam makin membesar.. Gambar dibawah lakaran Dr. masa terangkan keadaan Naqib.. tapi tak tau macam mana nak aku nak cerita kat sini.. nanti cerita org lain tak paham pulak atau aku sendiri yang confius..hahah



Mula2 Dr. suruh ambil semula ubat Enapril untuk 3 bulan, macam yang pernah disuruh tahun 2008.. tapi setelah Dr. tengok ECG Naqib normal dan bincang dengan Dr. Hasri yang pernah check dan suruh Naqib ambil ubat tu sebelum ni, dia kata tak perlu ambil ubat.. tapi datang checkup lagi selepas 3 bulan..

Dr. Nasihatkan agar Naqib tak dilibatkan dengan aktiviti yang berat dan sukan yang lasak seperti bola sepak supaya jantung tak banyak bekerja. Tahun depan Naqib darjah 1. Sekarang KPM dah wajibkan murid sekurangnya terlibat 1 sukan.. sukan apa ya yang tak lasak...

Dr ()Chan kata, kalau bengkak/bocor pada sambungan injap tu semakin membesar, mungkin ia akan memerlukan menjalani pembedahan sekali lagi.. tapi dalam tempoh yang lama lah..

Dapatkan tarikh appointment kat kaunter pendaftaran. Perlu datang semula 2 September 2010, seminggu sebelum Aidilfitri.








Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | Seterusnya >>

User ID :: Password ::

MyRSSFeed


Naqib.NET®

Naqia.NET®

Aqlan.NET®

Galeri MyMasjid®

Komen Terkini

MyFacebook

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)

MyBlogLog


©Hakcipta Terpelihara Ahmad Kamil Bin Zailani - 1978-2010
www.kamilz.com - www.noraini.com - www.naqib.net - www.naqia.net - www.aqlan.net