| catatan | hubungi kami | galeri | kalendar | hiperlink >>
Siapa Kamilz? Siapa Noraini? Siapa Naqib? Siapa Naqia? Siapa Aqlan?
 

My.Yahoo


Waktu Solat Taman Ixora, BBST Daerah Sepang Selangor Waktu: Isyak
Jumaat 10/09/2010 
Imsak 05:40
Subuh 05:50
Syuruk 07:06
Zuhur 13:13
Asar 16:15
Maghrib 19:17
Isyak 20:26

DOA HARI KE-30 RAMADHAN

"Ya Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaan-MU dan keredhaan Rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya, Demi kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam."





Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.

Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | Seterusnya >>

Istilah Perubatan Yang Berkaitan ::
Isnin 21 Mei 2007
Jam 01:00:33 MYT GMT+8 Nur Ainun Naqia


Adik kepada Ahmad Naqib Naqiuddin aku namakan Nur Ainun Naqia (Cahaya Mata Suci)





Ahad 13 Mei 2007
Jam 04:09:06 MYT GMT+8 Aku menjadi wali


Wali?

Jumaat 11 Mei 2007 lepas jam 5.59 petang di Hospital Putrajaya anak ke-2 aku lahir. Kali ni perempuan. Tu yang jadi wali tu

Lahir 2.61 kg, Normal delivery. Awal 2 minggu lebih.. Kalau ikutkan due 27 Mei...

Alhamdulillah.. Moga Zuriat yg dikurniakan kepada ku menjadi anak yang soleh dan solehah...

amin..





Selasa 08 Mei 2007
Jam 838:59:59 MYT GMT+8 Bengkel Fotografi Perkahwinan


Lama Tak Menulis...

Hujung minggu lepas pergi "Bengkel Fotografi Perkahwinan" Anjuran Angkatan Senifoto Wilayah Persekutuan (ASFON)" kat Kampung Pandan.

So lepas ni sapa nak kawin boleh le contact aku







Ahad 21 Januari 2007
Jam 21:43:40 MYT GMT+8 Sajak Lama


Teringat Pulak Sajak Lama Yang Aku Cipta Masa Darjah 3/4 (1987/88). Masa tu Kelas BM Cikgu Azhar Bin Ridzwan di Sek. Keb. Sungai Samak Hutan Melintang.

Macam Ni Sajak dia..

Suatu Hari Ku Pergi Hutan,
Pergi Ke Hutan Mencari Rotan,
Rotan Untuk Dibuat Bakul Rotan,

Tiba-Tiba Di Tengah Hutan,
Ku Berjumpa Seekor Syaitan,
Syaitan Itu Mengejarku Ke Tepi Hutan,

Sampai Di Tepi Hutan,
Ku Terserempak Dengan Pak Atan,

Rupa-Rupanya Itu Bukan Pak Atan,
Tetapi Seekor Syaitan,

Aku Pun Membaca Ayat Al-Quran,
Aku Membaca Surah Al-Imran,
Syaitan Itu Pun Lari Kedalam Hutan.

Cikgu siap rekod dengan tape recorder masa baca depan kelas.

Terima kasih cikgu kerana mendidiku sehingga menjadi aku yang sekarang...


Jumaat 19 Januari 2007
Jam 02:18:09 MYT GMT+8 Doa Akhir & Awal Tahun


DOA AKHIR TAHUN

(Dibaca 3 kali beberapa minit sebelum masuk waktu maghrib Jumaat 30 Zulhijjah 1428 / 19 Jan 2007)



ERTINYA: Segala puji hanya layak untuk ALLAH (), Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya.

Ya ALLAH (), apa-apa yang kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredhainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami.

Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat redha-MU, ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai TUHAN Yang Pemurah, TUHAN yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini.

Semoga ALLAH () merahmati Saidina Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya untuk ALLAH (), TUHAN semesta alam.


DOA AWAL TAHUN
(Dibaca 3 kali selepas masuk waktu maghrib Jumaat 1 Muharram 1428 / 19 Jan 2007)



ERTINYA: Segala puji hanya layak untuk ALLAH (), Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya.

Ya ALLAH (), ENGKAUlah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAUlah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya.

Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat mengasihi.

Semoga ALLAH () merahmati Saidina Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya untuk ALLAH (), TUHAN semesta alam.




Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | Seterusnya >>

User ID :: Password ::

MyRSSFeed


Naqib.NET®

Naqia.NET®

Aqlan.NET®

Galeri MyMasjid®

Komen Terkini

MyFacebook

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)

MyBlogLog


©Hakcipta Terpelihara Ahmad Kamil Bin Zailani - 1978-2010
www.kamilz.com - www.noraini.com - www.naqib.net - www.naqia.net - www.aqlan.net