Waktu Solat Taman Ixora, BBST Daerah Sepang Selangor Waktu: Isyak
Rabu 08/09/2010
Imsak
05:41
Subuh
05:51
Syuruk
07:07
Zuhur
13:14
Asar
16:17
Maghrib
19:18
Isyak
20:27
DOA HARI KE-29 RAMADHAN
"Ya Allah! Liputilah aku dengan Rahmat dan berikanlah kepadaku Taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah wahai pengasih terhadap hamba-hambaNYA yang Mukmin."
Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.
Standby dari KK tadi dapat flight 10.45.. tapi delay.. pukul 11 lebih baru takeoff..
Land KLIA 1.30 petang.. dapat SMS dari Pengasuh Naqib & Naqia kata Ain dah masuk Labour Room jam 11.30 pagi tadi..
Terus pergi Hospital Putrajaya... Jam 5.00 petang terpaksa buat operation... 1st time operation.. Naqib & Naqia dulu normal.... Kedudukan bayi tak membenarkan untuk bersalin secara normal.. kepala sedikit teralih dari pintu keluar.. dan estimate berat baby lebih 3 kg.. agak susah sebab ain yang bersaiz comel..... pintu sudah terbuka hampir 10cm
Tepat Jam 17:17 17 Ogos 2009, anak ke-3 aku (Lelaki ke-2) selamat dilahirkan secara operation. Dengan berat 3.51 kg..
Selesai di azan dan waktu melawat pun dah habis jam 8.00 malam tadi... Ain & baby dah masuk wad biasa di Wad 2A Hospital Putrajaya... baby dapat menyusu ibu jam 7.30 malam tadi...
Alhamdulillah... Moga ALLAH () memberi kekuatan kepadaku untuk mendidik anak-anak menjadi soleh & solehah..
Ain call 4.30 pagi tadi.. kata dah contractions.. 6.30 pagi tadi Pengasuh Naqib & Naqia hantar ke Hospital Putrajaya..
Sekarang ni aku masih di Kota Kinabalu (Kali ke-2 dalam 2 minggu).. Di Airport.. Standby utk mana˛ flight kosong.. nak tukar flight hari ni full.. time tiket asal 3.30 petang..
Program taklimat aku hari ni kat Le Meridien, slot aku aku terpaksa suruh rakan setugas combine sekali dengan slot beliau... Maaf lah Cik Jismin HR KPKK & Urusetia dari SKMM Pn. Jumiati sebab terpaksa tak dapat hadir hari ini...
Semenjak aku pindah ke Kementerian lain ni banyak pula outstation...
Selepas 9 hari ke Korea..
Sekarang ni di Kota Kinabalu...
Last Week di JB.. Next week ke Kuching...
Walau pergi tak lama sehari semalam.. tapi kesian kat Ain nak melayan karenah Naqib & Naqia di rumah sorang˛ dan menggendong adik kepada Naqib & Naqia yang akan lahir bila-bila masa... (Ikut Due 1 Ramadhan)
Terima kasih Isteriku atas kesabaran.. Moga kesabaran dibalas oleh-NYA dan dianugerahkan sebagai Isteri yang Solehah...
Hari ini aktiviti start 9.30 pagi. Mula dengan mengisi evaluation form dan majlis penutup dan penyampaian sijil.
Majlis sampai pukul 11. Checkout 1.30 petang pergi ke Airport dengan peserta Thailand & seorang daripada urusetia naik airport limousine bus pukul 2.00. Pukul 3.00 sampai Incheon Airport. Check-in untuk flight KE 761 Korean Air.