{"id":94,"date":"2008-04-29T00:35:27","date_gmt":"2008-04-29T00:35:27","guid":{"rendered":"http:\/\/kamilz.com\/izzuddinshah\/?p=94"},"modified":"2017-01-21T00:40:02","modified_gmt":"2017-01-21T00:40:02","slug":"festival-nasyid-kolej-taj-meriah","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/kamilz.com\/izzuddinshah\/2008\/04\/29\/festival-nasyid-kolej-taj-meriah\/","title":{"rendered":"Festival nasyid Kolej Taj meriah"},"content":{"rendered":"<p>Bicara Agama : Utusan Malaysia : 29 April 2008<\/p>\n<p>Oleh AZMI ABDUL MALEK<\/p>\n<figure id=\"attachment_95\" aria-describedby=\"caption-attachment-95\" style=\"width: 500px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"http:\/\/kamilz.com\/izzuddinshah\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/Utusan29Apr2008.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-95\" src=\"http:\/\/kamilz.com\/izzuddinshah\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/Utusan29Apr2008.jpg\" alt=\"\" width=\"500\" height=\"334\" srcset=\"http:\/\/kamilz.com\/izzuddinshah\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/Utusan29Apr2008.jpg 500w, http:\/\/kamilz.com\/izzuddinshah\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/Utusan29Apr2008-300x200.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 500px) 100vw, 500px\" \/><\/a><figcaption id=\"caption-attachment-95\" class=\"wp-caption-text\">TAJUDDIN ABDUL RAHMAN (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada johan Festival Nasyid kepada kumpulan Soutul Faizin dari Sekolah Menengah Izzuddin Shah, di Ipoh, Perak, baru-baru ini.<\/figcaption><\/figure>\n<p style=\"text-align: justify;\">FESTIVAL Nasyid Sempena Maulidur Rasul anjuran Kolej Taj di Ipoh, Perak, baru-baru ini memeriahkan suasana membeli-belah di pasar raya Greentown Mall, apabila 10 kumpulan dari institusi pendidikan di sekitar bandar raya itu menyertai program berkenaan dengan mempamerkan persembahan ala konsert ternama di negara ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pentas persembahan yang terletak di hadapan pasar raya berkenaan menjadi sesak di pertengahan acara apabila pengunjung datang semakin meningkat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain tetamu jemputan, pengunjung pasar raya terutamanya golongan remaja menyaksikan setiap kumpulan menggunakan alat muzik ala konsert ternama ketika mengadakan persembahan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Kumpulan Soutul Faizin dari Sekolah Menengah Izzuddin, Ipoh,<\/strong> yang menjuarai pertandingan itu berjaya menambat hati penonton dengan persembahan menarik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kumpulan berkenaan berjaya meraih hadiah wang tunai bernilai RM1,500 beserta sijil dan hamper yang ditaja beberapa badan korporat dan agensi kerajaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Naib johan disandang kumpulan Ainul Yaqin dari Sekolah Menengah Taayah, Ipoh, dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM800, manakala tempat ketiga dimenangi kumpulan Yayasan Amanah Ainul Maisarah, Chemor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hadiah disampaikan Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga pengasas Kolej Taj, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Taj, Tina Tajuddin, berkata tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW di samping menerapkan nilai-nilai murni yang menjadi paksi kejayaan umat Islam masa kini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurutnya, program itu turut memberi pendedahan interaksi antara mahasiswa kolej dengan masyarakat setempat, di samping menimba pengalaman baru tentang cara mengatur program sedemikian.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Katanya, program itu mendapat sokongan penaja yang terdiri daripada badan korporat, institusi pengajian tinggi, sekolah dan agensi kerajaan sekitar bandar raya Ipoh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u0093Program sama akan terus dikembangkan ke tempat lain pada masa hadapan sekiranya ia mendapat sambutan menggalakkan,\u0094 katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tina berkata, Kolej Taj sentiasa prihatin dengan masyarakat sekitar dan bercadang menyusun beberapa program lain dalam tempoh terdekat ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurutnya, beberapa program yang membabitkan bakti siswa akan diketengahkan tidak lama lagi supaya mahasiswa mendapat nilai tambah ketika belajar di kolej berkenaan.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"http:\/\/ww1.utusan.com.my\/utusan\/info.asp?y=2008&amp;dt=0429&amp;pub=Utusan_Malaysia&amp;sec=Bicara_Agama&amp;pg=ba_03.htm\">http:\/\/ww1.utusan.com.my\/utusan\/info.asp?y=2008&amp;dt=0429&amp;pub=Utusan_Malaysia&amp;sec=Bicara_Agama&amp;pg=ba_03.htm<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bicara Agama : Utusan Malaysia : 29 April 2008 Oleh AZMI ABDUL MALEK FESTIVAL Nasyid Sempena Maulidur Rasul anjuran Kolej Taj di Ipoh, Perak, baru-baru ini memeriahkan suasana membeli-belah di pasar raya Greentown Mall, apabila 10 kumpulan dari institusi pendidikan di sekitar bandar raya itu menyertai program berkenaan dengan mempamerkan persembahan ala konsert ternama di &hellip; <\/p>\n<p class=\"link-more\"><a href=\"http:\/\/kamilz.com\/izzuddinshah\/2008\/04\/29\/festival-nasyid-kolej-taj-meriah\/\" class=\"more-link\">Continue reading<span class=\"screen-reader-text\"> &#8220;Festival nasyid Kolej Taj meriah&#8221;<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3,4],"tags":[48,47],"class_list":["post-94","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-akhbar","category-utusan","tag-nasyid","tag-shoutul-faizin"],"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/kamilz.com\/izzuddinshah\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/94"}],"collection":[{"href":"http:\/\/kamilz.com\/izzuddinshah\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/kamilz.com\/izzuddinshah\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/kamilz.com\/izzuddinshah\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/kamilz.com\/izzuddinshah\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=94"}],"version-history":[{"count":1,"href":"http:\/\/kamilz.com\/izzuddinshah\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/94\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":96,"href":"http:\/\/kamilz.com\/izzuddinshah\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/94\/revisions\/96"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/kamilz.com\/izzuddinshah\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=94"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/kamilz.com\/izzuddinshah\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=94"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/kamilz.com\/izzuddinshah\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=94"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}