| Waktu Solat Taman Ixora, BBST Daerah Sepang Selangor Waktu: Isyak |
| Jumaat 10/09/2010 |
| Imsak |
05:40 |
| Subuh |
05:50 |
| Syuruk |
07:06 |
| Zuhur |
13:13 |
| Asar |
16:15 |
| Maghrib |
19:17 |
| Isyak |
20:26 |
|
|
|
Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.
Petang tadi 8 Mei 2009, genap 4 tahun 8 bulan aku berkhidmat di KPPK sejak 9 September 2004.
So petang tadi sempatla aku merakamkan aktiviti punch out aku yang terakhir di KPPK ni.. Ala-ala macam PM last day hari tu pulak 
Tengokla, last day pun balik lambat juga... lepas punch tu masuk opis balik.. ada kerja lagi yang nak diselesaikan....


Hari ni secara rasmi merupakan hari terakhir aku di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi ni. Isnin ni kena lapor diri di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Tapi aku akan tangguh sampai 10 Mei sebelum bertugas kat sana.

Alhamdulillah, ada hadiah yang aku berikan kepada Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi KPPK sebelum aku pergi ni.
Setelah kira-kira 9 bulan aku mengetuai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (ICC - Skuad MedICT) yang ahlinya terdiri dari staff TMK ni, hari ni merupakan Hari Pertandingan / Konvension ICC KPPK.

Setelah diundi sebagai kumpulan pertama membuat persembahan hari ini dan bertanding dengan 5 kumpulan yang lain, keputusanyang diumumkan sebentar tadi menyebelahi kami.
Kumpulan kami yang terdiri daripada 10 orang mendapat Tempat Pertama. Dapatlah kami menerima Piala Pusingan, Piala, Sijil Penyertaan dan Voucher Carrefour RM 500 (Dapatlah seorang RM 50)

Lama betul aku tak menulis kat sini. Nak kata sibuk sangat sampai tak sempart surf Internet tak juga sebab kerja aku hariČ memang perlu surf Internet.
Berita Sedih.
Dapat SMS dari Kakak. SMS 9 malam tadi. Tapi dapat SMS kiraČ jam 2 petang tadi. Apa kena Celcom ni.... Lewat dah dapat berita ni. Rabu lepas kiraČ jam 3-4 pagi bumbung bumbung rumah salah sebuah bilik (Bilik kulon - bilik zaman bujang dulu) terbang kena ribut. Salah aku juga. lama tak telefon emak. So tak tau berita.
Baru kejap tadi call emak. Bumbung terbang menyebabkan 3 bilik basah bila hujan. Reban ayam mak pun tumbang juga. InsyaALLAH ( ) kami adik beradik akan membantu mak & bapak untuk memperbetulkan bumbung rumah tu.
Berita Gembira
Alhamdulillah. Hari ni dapat surat penempatan Pemangkuan Gred F44. Hari Isnin 4 Mei 2009 aku kena lapor diri ke kementerian lain. Aku dapat ke Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Kompleks E Putrajaya. Satu Kompleks dengan Abg Hanif di Kementerian Kesihatan.
So setelah aku berkhidmat kiraČ 4 tahun 8 bulan di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi ni, terpaksa la aku melepaskan beban kerja aku kat sini ke kawanČ lain di KPPK sebelum dapat pengganti aku. Terima kasih semua 
Terlambat sikit nak ucapkan dalam web ni.. sebab tak sempat nak tengok PC...
Selamat Hari Lahir untuk Isteriku Noraini yang 31 2 hari lepas. Moga hidup sentiasa diberkati oleh-NYA.
|
|

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)
|
|