| Waktu Solat Taman Ixora, BBST Daerah Sepang Selangor Waktu: Isyak |
| Rabu 08/09/2010 |
| Imsak |
05:41 |
| Subuh |
05:51 |
| Syuruk |
07:07 |
| Zuhur |
13:14 |
| Asar |
16:17 |
| Maghrib |
19:18 |
| Isyak |
20:27 |
|
|
|
Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.
Sebelum tu nak ucapkan tahniah kepada Pak Dik kepada Naqiuddin (Adik kamilz http://sidik.org) sebab dah dapat tawaran bertugas di salah sebuah anak syarikat PETRONAS (MTBE/Polypropylene (M) Sdn. Bhd), sebagai Eksekutif Perkhidmatan Kewangan, di Gebeng Kuantan setelah menanti 8 bulan selepas tamat pengajian. Semoga dapat menempuhi alam pekerjaan dengan tabah dan berjaya.
Hari ni saluran oksigen diluar hidung Naqiuddin dah dicabut dan pemberian antibiotik dah dihentikan. X-ray dah diambil dan kalau OK ( ) hari ni Naqiuddin akan dipindahkan ke wad asal di wad Tanjung, Aras 2 IJN menanti masa untuk discharge. Alhamdulillah..
Memang dah sampai masa untuk meniarap. Perkembangan bayi normal kalau dah 3 bulan memang sepatutnya dah meniarap. Nampaknya Naqiuddin pun macam tu. Jenuh tegakkan badan dia, mesti dia mengiring lagi nak meniarap. Tapi terpaksa dihalang le. Takut kesan operation tu jadi sakit.
Tengahari tadi ada timbang berat badan naqiuddin. Banyak juga turunnya. Sebelum operation pertama hari tu berat dia 4.6 Kg. Hari ni turun 4.1 Kg. Mana taknya. Makan susu sikit. Lepaih tu kene ikut time pulak.
Hari ni tak ada ura-ura lagi bila nak balik rumah. Memang kene tunggu habis bekalan ubat antibiotik tu ler. tapi tak tau bile.
Terima Kasih Abang Arif, Kak Hana dan Mak serta ayahnya kerana datang melawat petang tadi.
Tengahari ni semua benang jahitan operation yang lepas dah di cabut/buang. Jadi sekarang ni cuma dalam fasa menjaga luka je.
Ikut kata nurse ( ) Rohana tadi, kalau ikutkan dah boleh balik dah Naqiuddin. Tapi pemberian antibiotik tak habis lagi. Ada lagi dalam 2-3 hari. Pagi tadi Dr ( )arab dah suruh tutup oksigen (yang letak kat luar hidung tu). Pun dah ok. Bacaan SpO2 atas 96%. Tapi datang Dr ( )lagi sorang suruh pasang balik pulak. Dia kata antibiotik tak habis bagi lagi. Bila dah habis nanti baru buka oksigen.

Setelah hampir sebulan tak nampak Naqiuddin tersenyum (sejak pembedahan BT Shunt 3 Disember), akhirnya hari ni nampak dia tersenyum. Bukan sedikit? tapi banyak kali. Kalau orang bercakap? kat dia mesti dia tersenyum. Dah dapat hisap susu sendiri, seronok le dia 
Petang tadi buat Echo, Alhamdulillah semuanya OK ( ). Sehari dua lagi balik le rumah InsyaALLAH ( ).
Naqiuddin dah dibenarkan hisap susu sendiri guna mulut hari ni. Tak perlu dah guna tiub. Cuma sukatan masih kena ikut sukatan yang ditentukan. Tak boleh ler nak ikut sukatan yang biasa Naqiuddin minum. Biasanya sebelum operation dulu Naqiuddin minum 120 ml sekali minum. Tapi sekarang kena 60 ml je dan 3 jam sekali,
Darah dah check hari ni. OK ( ). dan saluran darah yang dicucuk kebadannya pun dah dicabut.
Benang jahitan hari tu pun dah dibuka separuh.
Alhamdulillah.
Baru balik jenguk Naqiuddin dan ibunya di IJN. Ikut kata nurse ( ) tadi, esok Naqiuddin akan diambil darah untuk pastikan samada oksigen cukup dalam darah.
Kalau OK ( ), esok Naqiuddin akan masuk ke wad tanjung, wad masa dia menunggu hari untuk operation sebulan lepas. Bila dah kembali ke wad asal InsyaALLAh dia akan discharge. Sebab ikut prosedur kat sini, kat mana dia admitted kat situ le dia discharge.
Dikesempatan ini nak ucapkan tahniah kepada sepupu Naqiuddin, Nor Atina Binti haji Mohd Nasir kerana mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan PMR yang lalu. Tahniah.
Petang ni Naqiuddin pindah bilik lagi. Dah tak duduk dalam bilik HDU (12B-18). Sekarang dia diletakkan di Bilik 20, masih wad melur aras 5 IJN dan bacaan ECG Heart Rate dan SpO2 masih diambil.
Tadi pembantu Dr ( )Hamdan (Dr ( )dari Myanmar) ada kata. Kalau tak ada apa? masalah, maybe dalam 3,4 hari akan keluar.
Jumpa abah petang ni. Moga kau cepat sembuh anakku. Amin ( )...
RENUNG SEJENAK - Suratan Atau Kebetulan
26 Dis 1932 gempabumi 7.6 Richter di China membunuh 70,000 nyawa.
26 Dis 1939 gempabumi 7.9 Richter di Wilyah Erzincan,Turki membunuh 41,000 nyawa.
26 Dis 1996 ribut Greg di Keningau,Sabah meragut beratus nyawa.
26 Dis 2003 gempabumi 6.5 Richter di Wilayah Bam,Iran membunuh 45,000 nyawa.
26 Dis 2004 gempabumi 9 Richter di Aceh yang menyebabkan Ombak Tsunami membunuh 100,000 nyawa & jumlahnya terus meningkat..
Kenapa kebanyakan 26 Disember ? Apa yang umat manusia lakukan pada tarikh tersebut atau hari sebelumnya yang menyebabkan kemurkaan ALLAH ( )? Renungkanlah.
|
|

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)
|
|