| catatan | hubungi kami | galeri | kalendar | hiperlink >>
Siapa Kamilz? Siapa Noraini? Siapa Naqib? Siapa Naqia? Siapa Aqlan?
 

My.Yahoo


Waktu Solat Taman Ixora, BBST Daerah Sepang Selangor Waktu: Isyak
Rabu 08/09/2010 
Imsak 05:41
Subuh 05:51
Syuruk 07:07
Zuhur 13:14
Asar 16:17
Maghrib 19:18
Isyak 20:27



Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.

Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | Seterusnya >>

Istilah Perubatan Yang Berkaitan ::
Rabu 29 Disember 2004
Jam 20:34:44 MYT GMT+8 Di wad Melur



29 Disember 2004, 7:00 malam Wad Melur 12B-18, Aras 5 IJN


Naqiuddin di wad melur hari ni. Walaupun di wad, segala urusan sama seperti di PICU. Cuma bezanya banyak ibunya yang kena buatkan. Kecuali bagi minum susu guna tiub. Semua bacaan ECG, RR, SpO2 dan sebagainya tetap diambil. Oksigen dibahagian luar hidung pun masih diberi.

Dr ()cakap maybe Naqiuddin lama sikit kat wad. Sebab kahak banyak. Lepas tu paru? ada kesan parut akibat lama sangat pakai saluran bantuan pernafasan.




Setelah 26 hari Naqiuddin tinggal di PICU IJN, akhirnya Naqiuddin dimasukkan semula ke wad biasa jam 12 tengahari tadi.

Naqiuddin kini duduk di WAD MELUR, Bilik HDU (High Dependency Unit) 12B, Tingkat 5 IJN bersama-sama ibunya.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ALLAH (). .





Selasa 28 Disember 2004
Jam 20:21:35 MYT GMT+8 Genap Sebulan di IJN


Hari ni genaplah sebulan Naqiuddin bermukim di IJN dan telah melalui dua operation (BT Shunt & Arterial switch operation) kerana menghadapi masalah Transposition Of Great Arteries (TGA) .

Esok InsyaALLAH () masuk ke wad. Bacaan ECG pun semua dalam keadaan normal dan terbaik. Ambulatory blood pressure (ABP) monitoring 60-70 (normal untuk baby bawah 6 bulan). Heart Rate pun 135-140 (juga normal untuk baby bawah 6 bulan). Respiratory Rates (RR) 25-35 (juga normal). SpO2 kekal 100%.

Petang tadi Naqiuddin menangis je. Mana tak nye. Kena tipu . Perut lapo tapi dibagi puting nak bagi diam kononnya. Susu () kena bagi ikut schedule. Dah keluar sikit? dah suaranya bila menangis. .


Jam 14:00:56 MYT GMT+8 Esok dijangka Masuk WAD


Alhamdulillah.

Dah tak ada lagi salur-salur yang dipasang di badan Naqiuddin kecuali salur oksigen diluar hidungnya dan salur untuk beri minum/sedut kahak. Plaster yang menutupi kesan operation (Arterial Switch Operation & BT Shunt) dah dibuka. Nampak le kesan jahitan macam jalan keretapi tu.

Heart Rate dia sekitar 138-139 (Normal untuk bayi bawah umur 6 bulan). SpO2 pun 100%.

InsyaALLAH (), ikut kata nurse () esok akan keluar dari Pediatrik ICU (PICU) dan naik masuk ke wad. Wad mana tak pasti lagi. Tapi mungkin wad melur. Sebab biasanya baby lepas operation akan naik wad melur.



Isnin 27 Disember 2004


Saluran Bantuan pernafasan di dalam mulut Naqiuddin dah dibuka. Jadi Naqiuddin sekarang dah bernafas sendiri menggunakan hidungnya. Dan sekarang hanya diletakkan oksigen saluran kecil di luar hidungnya.

Alhamdulillah. Nampak OK (). SpO2 pun 95% and above.



Ahad 26 Disember 2004


Menurut kata nurse () saluran bantuan oksigen ke mulut yang dipasang semula petang semalam mungkin akan dibuka malam ini atau esok pagi.

Keadaan setakat petang tadi Heart Rate sekitar 120, SpO2 (Oxygen Saturation - kandungan oksigen dalam darah) dalam 95-100 % dengan 25% bantuan mesin.

Dikesempatan ini, nak ucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa ombak besar Tsunami akibat gemba bumi di Sumatera yang terkorban lebih 43 orang di utara tanah air. Juga keluarga lebih 11,000 orang mangsa diseluruh Asia (Indonesia, India, Thailand dll)

Jadikanlah tragedi ini sebagai peringatan ALLAH () kepada kita terhadap dosa? yang kita lakukan.


Jam 16:44:50 MYT GMT+8 Lawatan Pagi


Datang tengahari tadi. Naqiuddin masih menggunakan bantuan pernafasan kat mulut. Tapi dah dikurangkan kepada 25%-30% sahaja.

Heart Rate pun dah turun jadi 99-105 perminit.

Tadi ada Dr ()yang selalu check Naqiuddin. Dr ()tu kata paru-paru dia OK (). Cuma kahak sahaja. Dia faham ler yang Naqiuddin banyak kahak, sebab tu susah sikit nak bernafas sendiri. Cuma Dr ()semalam tak biasa check Naqiuddin, tu yang kata paru-paru tak OK ().

Ni nak pergi melawat sesi petang pulak. Nak makan nasi dulu. Lunch pukul 5 petang



Sabtu 25 Disember 2004


Pagi tadi Naqiuddin hanya guna bantuan oksigen di hidung. Tetapi SpO2 tak stabil. Kejap naik kejap turun. Petang Kotak kaca dipasang semula. Pun begitu bacaan tak dapat capai tahap 95% keatas, Akhirnya bantuan saluran oksigen melalui mulut seperti yang digunakan sejak 3 minggu lalu dipasang semula dengan 45% bantuan mesin.

Petang tadi ada bercakap dengan Dr (). Tak tau nama doktor tu sapa. Sebab tak pernah jumpa sebelum ni. Dia kata Naqiuddin tak biasa bernafas sendiri guna hidung lagi. Sebab lama sangat terima bantuan oksigen.

Doktor tu kata juga paru? Naqiuddin tak berapa bagus. Pening kepala aihh... kejab kata OK () kejap kata tak.

Moga kau dapat kuatkan dirimu anakku.



Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | Seterusnya >>

User ID :: Password ::

MyRSSFeed


Naqib.NET®

Naqia.NET®

Aqlan.NET®

Galeri MyMasjid®

Komen Terkini

MyFacebook

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)

MyBlogLog


©Hakcipta Terpelihara Ahmad Kamil Bin Zailani - 1978-2010
www.kamilz.com - www.noraini.com - www.naqib.net - www.naqia.net - www.aqlan.net
s