| Waktu Solat Taman Ixora, BBST Daerah Sepang Selangor Waktu: Isyak |
| Rabu 08/09/2010 |
| Imsak |
05:41 |
| Subuh |
05:51 |
| Syuruk |
07:07 |
| Zuhur |
13:14 |
| Asar |
16:17 |
| Maghrib |
19:18 |
| Isyak |
20:27 |
|
|
|
Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.
Kita baru dikejutkan dengan berita pembunuhan ngeri 4 sekeluarga...
Suspek utama juga ahli keluarga iaitu Rashidi Ismail...

Tak ku sangka.. rupanya CD (nama panggilan masa kat UTM) coursemate satu batch masa study di UTM dulu...
Aku tak la rapat sangat denganya masa kat UTM.. tapi x-housemate aku yang sekarang dah jadi Pegawai Polis antara kawan rapatnya masa kat UTM dulu... Jadi kerapla juga datang rumah aku dulu.. yang aku ingat, dia agak periang orangnya.. tapi study kat UTM tak dapat dihabiskan...
Kesnya terlalu berat..... Apa motif dan puncanya kita tak tau... Apa-apa pun moga ALLAH ( ) mengampunkanya dan mangsa memaafkannya walaupun telah tiada...
Gambar CD masa zaman UTM (baju biru).. gambar oleh Jamez.. (baju hijau)

Hari ni IJN hantar surat tarikh appointment akan datang Naqib.
Appointment lepas 9 Januari 2009. Lepas pertemuan lepas kata jumpa lagi Januari tahun ni.. tapi tarikh tak ditentukan lagi.. Tapi dapat surat hari ni tarikh ditetapkan 3-3-2010..

Minggu lepas dalam tempoh seminggu aku drive lebih dari 2200 KM.. ni tak termasuk pusing˛, jalan˛, silap jalan/terlajak jalan.. Sesat alhamdulillah tak ada.. Google Maps kat LG GD900 aku banyak membantu... (hujung minggu ni akan tambah 900KM lagi..)

Bermula dari pergi balik Office di KL pagi hari Isnin.. Zuhur bersama isteri & anak˛ bertolak ke Kuantan..Ke rumah Adik Sidik di Pantai Batu Hitam, Kuantan.. maghrib kami sampai di Kuantan..

Hari selasa sepanjang hari ada bengkel di SKMM Wilayah Timur di Kuantan..
Selasa lepas maghrib, Sidik bawa kami dinner di Tanjung Lumpur Kuantan...

Lepas dinner aku sekeluarga terus ke rumah kawan UTM Husna & Joe di Rantau Petronas Bukit di Kerteh Terengganu.. sampai sana jam 11 malam.. Masa ni Aqlan dah tak berapa sihat.. demam ( )..

Rabu selepas lunch di rumah Husna (TQ Husna), kami teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.. Sampai disana terus menuju ke Taman Tamadun Islam @ Masjid Kristal.. sampai +- jam 3 petang.. kami solat jamak zuhur+asar & meluangkan masa kat sana sampai 7 malam..




Lepas tu baru la kami mencari tempat mana nak tido malam ni... kami cari Hotel Seri Malaysia Alhamdulillah banyak bilik kosong..
Lepas solat Maghrib jamak Isyak.. pergi ke The Store dekat dengan hotel tu.. cari stok seluar.. sebab kehabisan stok.. perjalanan ke KT ni tak dirancang pada awalnya... lepas cari cool fever untuk Aqlan kat farmasi kami terus ke Pantai Batu Buruk untuk makan malam..
Masa nak balik ke hotel ni la kami banyak pusing2 cari tak jumpa hotel.. puncanya google maps la... kedudukan dalam peta tu tak tepat.. teranjak +- 2KM.. tu yang pusing2 kawasan tu apasal la tak jumpa..
Khamis checkout agak lewat juga.. dekat pukul 11.. Aqlan malam tadi tak dapat tidur.. Demam + nafas tersekat˛.. mungkin sebab selesema..

Ke Pasar Payang shopping sikit.. lepas tu singgah Celcom sekejap tukar sim card Ain ke sim 3G... (macam la kat lembah kelang tak ada Celcom.. heheh tak sempat nak pegi la...).. terus ke Kampung Losong Hj Su.. cari keropok leko kat sana..
Lepas tu bertolak balik.. nak jalan lebih˛ kesian kat Aqlan.. Singgah di Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) Solat Zuhur Jamak Asar kat sana.. Teruskan perjalanan tanpa henti sampai ke Hentian Gambang untuk makan malam & Solat Jamak Maghrib+Isyak.. & kasi kereta minum...

Teruskan perjalanan & Sampai di Rumah Salak Tinggi kira˛ jam 11.15 malam...
Malam ni Aqlan demam ( ) semakin teruk & makin susah nak bernapas.. & tak dapat tido.. Jumaat pagi bawa Aqlan ke Klinik.. risau kahak masuk ke paru˛.. Tapi dapat ubat biasa.. Ubat Batuk+Demam+Selesema+kahak+Antibiotik..
Asalnya nak bertolak balik ke Padang Serai Kedah lepas Jumaat.. tapi pukul 7 malam baru bertolak.. sampai di Padang Serai jam 1 pagi (berhenti di R&R Rawang makan+solat+kasi kereta minum..)...
Aqlan masih seperti semalam.. lega sekejap bila bagi ubat.. Sabtu tengahari bertolak ke Alor Setar.. Kenduri Kahwin Kawan di sana.. on the way balik singgah klinik di Sungai Petani.. Sungguh tak memuaskan diagnosis doktor kat sana... dia cakap baby minum susu botol sambil terlentang ni.. susu masuk dalam paru˛.. padahal sejak demam ( ) ni Aqlan tak nak pun minum susu botol.. bila kita tanya maybe kahak yang masuk paru˛.. dia kata tak.. susu botol ni.. last˛ dapat ubat yang sama je macam klinik kat Taman Seroja BBST semalam.. cuma kurang 1 ubat tak ada ubat kahak..
Malam selain bagi ubat doktor tu, dengan mertua bawa Aqlan untuk berubat secara alternatif..
Pagi esoknya Aqlan berak bersama˛ lendir seperti kahak... lepas tu juga Aqlan dah lega.. nafas pun dah lancar.. malam tadinya tidor pun lena...

Petang dalam 6:45 aku bertolak balik ke Sepang secara solo.. sampai Sepang +- 12.15 malam.. Berhenti isi minyak+solat di R&R Gunung Semanggol & dinner di R&R Ulu Bernam..
So dalam tempoh Isnin - Ahad aku drive lebih dari 2200 KM.. Khamis ni aku akan drive ke Padang Serai semula... perjalanan pergi balik yang akan menempuhi +- 900 KM lagi...
Selepas seminggu lebih baru aku berkesempatan nak menulis...
Aidil adha tahun ni, aku sambut di rumah Ayahbondaku di Kampung Sungai Manila Hutan Melintang Perak.. Ada agenda tahun ni.. Perhimpunan Keluarga Haji Zailani bauk
Balik Kampung petang Khamis... 4 keluarga talah ada di Kampung hari ni (termasuk keluarga aku). Keluarga Kak Ramlah, Abang Ajib & Kak Ipah.. Malam 3 keluarga lagi tiba... Long, Abang Hanif & abang Ramlan...


EPISOD KEJAR KAMBING
Pagi Aidil Adha seperti biasa Solat Sunat Aidil Adha di Masjid Saifuddin Ahmad Iskandar, Kampung Sungai Manila..
Selepas solat sebelum Solat Jumaat, Kambing yang dibeli oleh Dr. Haji Hanif untuk aqiqah anaknya tiba di rumah bapak.. Namun beberapa minit sebelum solat Jumaat kambing tu terlepas dek di kerumun oleh anak buah aku yang ramai.. Tak sempat lagi aku berkenalan dengan kambing tu.. rupa paras wajahnya pun belum ku kenal...
Sedang kami anak2 lelaki solat Jumaat, emak dah round satu kebun tapi tak jumpa... lepas Jumaat Aku, Prof. Dr ( )Ramlan & Dr ( )Hanif pula menyambung misi menjejak kambing..
Akhirnya abang ramlan bertemu jua dgn kambing tu kira2 1KM dari rumah... tapi cerita tak habis kat sini.. kami bertiga mengiringi kambing sehingga berhampiran dengan rumah.. sampai dekat rumah kambing tu buat pusingan U pulak dah.. jenuh la kami buat aktiviti kejar mengejar kambing tu merentasi kebun dan rumah2 jiran tetangga...
Bila disedari jiran tetangga semakin ramailah skuad ops tangkap kambing ni.. akhirnya Abang Najib tidak mensia-siakan skill bermain ragbi zaman sekolah dan di U dulu untuk membuat aksi terbangnya untuk menewaskan kambing tu dengan berkain pelikat (nasib baik tak terburai hehehe)...
Kambing terus di bawa pulang dan ditamatkan riwayatnya oleh Dr ( )Hanif sendiri kemudian dilapah dengan bantuan jiran tetangga...

MAJLIS TAHLIL
Pagi hari tasyrik pertama Aidiladha...
Seekor lembu yang dikorbankan oleh abang long dikorbankan bersama-sama 6 ekor yang lain di Masjid oleh penduduk kampung...


Selesai aktiviti korban, penduduk kampung datang ke rumah untuk bertahlil dan menikmati jamuan yang disediakan...
PERHIMPUNAN KELUARGA
Malam.. dengan penyertaan 57 daripada 62 ahli keluarga, kami mengadakan majlis untuk keluarga malam ini.. dengan dimulakan dgn ucapan/amanat beberapa ahli keluarga, persembahan nasyid oleh anak aku, penyampaian hadiah kepada anak2 buah aku yg berjaya dalam UPSR dan kemuncaknya adalah majlis bertukar2 hadiah...



Lepas tu kami bergambar sekeluarga dan menikmati BBQ kambing, ayam, lembu, sate, kerang, ikan pari dan lain-lain lg...
Lagi Gambar di http://www.zaitun.net
Hari ini tadika anak sulung aku Ahmad Naqib Naqiuddin, Tadika Permata Ixora Bandar Baru Salak Tinggi adakan Majlis Penyampaian Hadiah & Sijil. Minggu ni minggu terakhir persekolahan untuk 2009 ni.

Pepatah Melayu ada mengatakan "Bapa Borek.. Anak Rintik"....


Bapaknya dulu kat sekolah banyak kali masa periksa Matematik dapat markah 100.. yang ingat masa darjah 5. Masa tu kawan2 semua dah keluar dewan periksa.. aku sorang tinggal tak siap lagi... masa tak habis lagi... hasilnya.. math aku dapat 100.. selepas tu.. aku memang tak keluar dewan periksa awal selagi masa tak tamat walau jawab dah habis sampai la dah kerja ni (Periksa PTK)...
Dan last masa tingkatan 5...(riak sekejap hahaha.. tak pandai mana pun...) dan pernah mewakili sekolah Kuiz Matematik masa form 5 (tak menang pun hahahaah)..

Hari ni anak aku Naqib terima hadiah Pelajar Terbaik Subjek Matematik 5 tahun... Tahniah Abah ucapkan.. semoga akan menjadi anak yang cerdik...

Lagi gambar di http://naqib.net
|
|

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)
|
|