| catatan | hubungi kami | galeri | kalendar | hiperlink >>
Siapa Kamilz? Siapa Noraini? Siapa Naqib? Siapa Naqia? Siapa Aqlan?
 

My.Yahoo


Waktu Solat Taman Ixora, BBST Daerah Sepang Selangor Waktu: Isyak
Rabu 08/09/2010 
Imsak 05:41
Subuh 05:51
Syuruk 07:07
Zuhur 13:14
Asar 16:17
Maghrib 19:18
Isyak 20:27



Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.

Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | Seterusnya >>

Istilah Perubatan Yang Berkaitan ::
Isnin 02 November 2009


Hari ini, 77 tahun sudah umur ayahandaku.. dilahirkan Hari Rabu 2 November 1932 di Rengit Batu Pahat Johor.. Pada usia kini ayahanda telah dikurniakan 10 cahaya mata, 11 menantu & 39 cucu...



Masih ingat... mula˛ ayahanda mengajarku Alif Ba Ta semasa umurku baru 3 atau 4 tahun... jika tidak kerana rotan itu mungkin aku tak dapat mengaji sehingga kini...

Masih ingat... mula˛ ayahanda mendaftarkanku ke sekolah semasa darjah 1.. jika tidak.. mungkin aku tidak sampai ke tahap kini...

Masih ingat... bila keluar ke pekan (Sabak Bernam/Bagan Terap)... ayahandaku mesti ajak minum dikedai mamak.. dan menu utamaku adalah roti canai dan air sirap... (waktu tu tak berani nak minta lebih˛.. tak macam anak zaman sekarang)

Masih ingat... ketika bersama-sama ayahanda membelikan pakaian sekolah.. terima sahaja apa pilihannya..



Masih ingat... ketika ayahanda menghantarku ke Asrama.. pada hari pertama pendaftaran tingkatan 1, SMA Izzuddin Shah.. pada Disember 1990

Masih ingat... ketika ayahandaku menunggu di Pekan Sabak Bernam/Bagan Terap semasa aku pulang dari asrama.. walaupun aku tidak memberitahu waktu kepulanganku...

Masih ingat... ketika ayahandaku menghantar ke stesen bas.. setiap kali ingin pulang ke asrama...

Masih ingat... ketika ayahandaku menghantarku mendaftar di UTM pada 1996...

Masih ingat... ketika ayahandaku menggerakkan dan menjemputku di Masjid Sabak Bernam di awal pagi, setiap kali aku pulang dari johor menaiki bas malam walaupun aku tidak memberitahu waktu kepulanganku...

Masih ingat... ketika ayahandaku sama-sama meraikan pada hari graduasiku..



Masih ingat... banyak perngorbanan yang telah ayahandaku lakukan demi membesarkanku dan anak˛ yang lain..

Terlalu banyak... sehingga tidak dapat ku ingat kesemuanya...

Terlalu banyak... sehingga tidak dapat terbalasa segala pengorbanannya...

Terlalu banyak... moga ALLAH () merahmatimu ayahandaku...

Terima Kasih Ayahandaku.. aku tidak dapat membalas semua pengorbananmu.. hanya yang mampu ku kirim..

SELAMAT HARI LAHIR KE-77...



Ya ALLAH ()! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.


Ya ALLAH ()

Rendahkanlah suaraku bagi mereka

Perindahlah ucapanku di depan mereka

Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan

Lembutkan hatiku untuk mereka



Ya ALLAH (),

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas

didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas

kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah

mereka sebagaimana mereka memeliharaku.



Ya ALLAH (),

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan

atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku

atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku

jadikanlah itu semua penyebab susutnya

dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan

mereka dengan perkenan-Mu ya ALLAH ()

hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan

kebaikan berlipat ganda.



Ya ALLAH (),

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,

Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.

Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi

syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul

bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman

yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .



Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha

Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah

yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.



Amin () Ya Rabbul Alamin..







Rabu 28 Oktober 2009
Jam 22:59:16 MYT GMT+8 Kembali Ke Pusat Bandaraya


Setelah lebih 5 tahun aku meninggalkan Kuala Lumpur untuk mencari rezeki, hari ni aku kembali bertugas di KL.

Dah beberapa kali tertangguh sejak Jun, hari ni Bahagian tempat aku bertugas mula beroperasi di aras 27 Bangunan TH Perdana, Maju Junction.

Tengah mencari-cari cara yang mudah & menjimatkan untuk ke pejabat. Hari pertama ni aku naik ERL+LRT.. kos pergi balik RM20.. kalau 20 hari dah RM400.. kalau ERL memang agak selesa (tapi poket tak selesa).. naik LRT pulak seperti dalam tin sardin.. agak memenatkan juga...

Kalau naik kereta, Parking sehari dah lebih RM20 + tol + petrol.. mau lebih RM 30 - 40 sehari.. sebulan???

Naik moto menjimatkan.. tapi dengan musim yang sering hujan ni payah juga... dan bisa kene buasir duduk lama˛ atas moto.. hehe. pengalaman masa ulang alik dari Ampang ke Putrajaya semasa duduk di Ampang sebelum ni.. tapi jarak tak berapa jauh..

Kalau hari˛ aku hantar Naqib ke Tadika, sekarang dah tak boleh lagi.. terpaksa menyusahkan Kak Ida pengasuh Naqib untuk hantar ke Tadika hari˛.. Terima kasih Kak Ida.. Maaf Naqib.. sebab abah tak dapat hantar.. tapi esok pagi abah boleh hantar.. sebab esok pagi ada meeting di Cyberjaya...

Apa˛pun moga ALLAH () permudahkan urusan seharian keluargaku ini... amin..



Dah lama tak kerja tingkat tinggi˛ ni.. last semasa di Tower 2 KLCC.. tingkat 58 tahun 2003...



Sabtu 17 Oktober 2009


Baru balik dari Majlis Hari Raya Taman Ixora BBST Sepang di Taman Permainan..

Cepat benar masa berlalu... Aqlan dah dua bulan umurnya hari ini.. berat Aqlan pun dah 5 setengah Kg..





Aini pun dah nak mula kerja Isnin ni.. bermula lah pagi yang agak bergerak pantas selepas ni.. Lagi pula office aku dah nak pindah ke Menara TH Perdana Maju Junction KL bermula 26 Okt ni..



Moga ALLAH () permudahkan segala urusan seharian kami...



Khamis 15 Oktober 2009


Kalau dua minggu lepas, umur aku masuk ke 31 tahun ikut perkiraan tahun masihi..

Hari ini.. 26 Syawal 1430 hijrah.. umur aku menjadi 32 tahun ikut perkiraan tahun hijrah..

Aku dilahirkan 29 September 1978 @ 26 Syawal 1398..

Biarlah guna umur yang paling tinggi.. agar kita ingat.. umur kita bukan semakin panjang...

Terima kasih emak & bapak yang melahirkan dan membesarkanku selama ini...



Hari ni aku daftar domain baru setelah domain ini available http://www.noraini.com & setelah USD jatuh boleh dikatakan yang terendah sepanjang tahun ini.. 1USD = RM 3.37



Selasa 29 September 2009
Jam 21:25:46 MYT GMT+8 Umur Baru... Design Web Baru...


Hari ni 29 September 2009, umur aku mencecah 31 tahun dalam kiraan tahun masihi...

Sempena birthday aku ni.. aku hadiahkan diri aku sendiri dengan design baru web aku ni... tapi tak siap sepenuhnya lagi... hehehe



Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | Seterusnya >>

User ID :: Password ::

MyRSSFeed


Naqib.NET®

Naqia.NET®

Aqlan.NET®

Galeri MyMasjid®

Komen Terkini

MyFacebook

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)

MyBlogLog


©Hakcipta Terpelihara Ahmad Kamil Bin Zailani - 1978-2010
www.kamilz.com - www.noraini.com - www.naqib.net - www.naqia.net - www.aqlan.net
s