| Waktu Solat Taman Ixora, BBST Daerah Sepang Selangor Waktu: Isyak |
| Jumaat 10/09/2010 |
| Imsak |
05:40 |
| Subuh |
05:50 |
| Syuruk |
07:06 |
| Zuhur |
13:13 |
| Asar |
16:15 |
| Maghrib |
19:17 |
| Isyak |
20:26 |
|
|
|
Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.
17 Jun 2009

Hari ini aktiviti start 9.30 pagi. Mula dengan mengisi evaluation form dan majlis penutup dan penyampaian sijil.

Majlis sampai pukul 11. Checkout 1.30 petang pergi ke Airport dengan peserta Thailand & seorang daripada urusetia naik airport limousine bus pukul 2.00. Pukul 3.00 sampai Incheon Airport. Check-in untuk flight KE 761 Korean Air.

Bersama Peserta Laos dan Tony Kang urusetia...

5:20 pm berlepas (4.20 Malaysia). 10.10 pm (MY) landing di KLIA.



11.30 sampai rumah. Ain dan anak2 ambik.
16 Jun 2009
Hari ni aktiviti di luar hotel. Pukul 9 bertolak ke Icheon, lebih kurang sejam setengah perjalanan. Icheon & Incheon tempat berbeza. Incheon tempat Airport Seoul. Icheon ni kawasan pedalaman. Kebanyakan penduduknya petani.

Pagi pergi ke Satellite Radio Monitoring Center.


Lepas tu sebelum lunch singgah dulu ke SeoilFarm. Ladang pemeraman makanan..


Lepas lunch pergi ke Radio Research Agency.

Balik semula ke Seoul. Ke TechnoMart. Tempat jualan barangan elektrik/kamera/handphone/komputer dan lain-lain. Macam Low Yat, atau Mines.. Tapi kat Malaysia lagi murah rasanya.. cuma kat sini teknologi/brand baru la terutama brand Korea.

Lepas tu makan malam di Itaewon. Lepas makan, yang lain pergi bergembira masuk Pub.. aku bergembira pergi ke Masjid Seoul..

Balik 11 malam sampai hotel.

Speed limit Highway hari ni aku jumpa 110 km/j.
Nak berkemas ni. Esok balik Malaysia dah.. Flight 4:55 petang waktu tempatan (3.55 petang Malaysia). Dijangka sampai KLIA 10.20 malam.
Jumpa lagi di Malaysia..
15 Jun 2009

Sepanjang hari ni aktiviti di Hotel. Sesi pagi adalah Country Presentation oleh 11 negara yang ada. Aku giliran ke-6. Presentation ni sepatutnya ambil masa 10 minit untuk present. Aku rasa aku sorang yang dapat tepat 10 minit & Thai kurang 10 minit. Yang lain semua boleh katakan over sampai ada yg 1/2 jam.. boringnya...

Mula˛aku ingat English aku paling teruk. Al maklumla tak pernah gi oversea. Belajar BI Cuma kat SK, SMA & UTM je... Rupanya boleh katakan aku nye BI antara yg OK ( ) (Riaknya) berbanding negara lain termasuk eropah macam Mongolia, Vietnam, Argentina, Peru & Paraguay. Lain˛negara tu OK ( ) la BI dia lebih kurang aku. Filifina & Laos je yg boleh kata baik BI diorang...
Sama juga dgn orang Korea.. kalau kemana˛memang susah nak communicate dgn diorang.. Kebanyakan fobia dengan English... tak faham & reti cakap.. tapi kenapa negara˛yg tak pandai English ni maju ye...?

Sepanjang petang seminar... Tengok nama bilik seminar ni.. MERAK.. tapi bukan burung merak. Tapi nama bintang dalam buruj...

Tinggal dua hari lagi aku kat Korea ni... Jumpa lagi...
14 Jun 2009
Hari ni Ahad hari cuti. Pukul 12.30 baru aku keluar hotel.

Cuaca cerah dengan suhu 24.0° celcius. Aku menuju ke Stesen Subway Sinsa. Menapak lebih kurang 10-15 minit. Aku nak menuju ke Itaewon. Tempat makan malam semalam.

Naik dua lane (Land 3 & 6 - 1,000 won) transfer di Yaksu. Terus menuju ke Seoul Central Masjid. Kira˛300 meter dari Stesen Itaewon.

Sepanjang jalan ke Masjid tu kebanyakan kedai˛dan restoran˛Halal.. Kedai Buku Islam.. Kat kedai?tu ada la produk˛Made In Malaysia yang ada logo Halal Malaysia.


Masjid Seoul ni agak besar juga. Tengok kat masjid tu macam ramai orang Pakistan. Tak pasti sama ada musafir atau memang menetap kat situ. Rasanya menetap, sebab nampak diorang basuh periuk˛besar macam nak masak.



Lepas solat Zuhur & Asar kat Masjid tu, aku pergi ke Restoran Uzbekistan. Order Grilled Meat & Potato (10,000 won) & Samsa 3,000 won. (Samosa rasanya kalau kat Malaysia tapi besar). 13,000 won untuk makan tengahari. Lebih kurang RM 40 tu... Kat sini sekali makan memang lebih kurang macam tu nilai dia.



Samsa/Samosa
Lepas makan aku pergi tempat semalam juga Insadong. Naik 2 lane Subway (6 & 3 - 1,000 won transfer di Yaksu) sampai ke Anguk Station. Jalan-jalan kat situ. Sebab ramai foreigner kat situ. Macam tu juga Itaewon. Tapi sepanjang aku kat sini tak jumpa la pulak rakyat Malaysia. Kalau Indonesia 2-3 kali juga aku jumpa.
Penat jalan aku balik ke hotel. Naik 2 lane (3 & 7 - 1,100 won) dari Anguk ke Gangnan-gu Office (interchange di Express Bus Terminal). 6.30 sampai Hotel.
Kat sini naik Subway kena bayar tambahan deposit 500 won. Kalau tiket harga 1,000 kena bayar 1,500 won. Bila dah sampai masukkan semula tiket ke Deposit Refund Device untuk dapatkan balik 500 won.



Hotel tempat tinggal aku. Dulu dikenali sebagai Amiga.
Semalam SMS Ain guna Yahoo Messeger. Naqia kena demam ( ) campak... Pagi tadi SMS dah balik BBST, Sepang. Ein hantar. Naqia masih kena campak & menggaru je.. Naqib pulak kene gigit tungau...
Esok pagi nak present Country Report.. so nak prepare sikit ni.. Jumpa lagi..
13 Jun 2009
Hari Sabtu, sepanjang hari di bawa berjalan. 8.30 pagi bertolak. Tempat˛ yang dikunjungi hari ni.

Istana President Korea (Kat luar je). Macam Istana Negara la ni.

Berlatarbelakaangkan Istana Presiden

Gyeaong Bok Gung – Pusat Pemerintahan, Politik, Ekonomi & kebudayaan Korea yang dibina pada tahun 1395.

Opening Ceremorny di Gyeaong Bok Gung

Lepas tu ke Insadong. Tempat ni lebih kurang Petaling Street la. Macam˛ souvenir kat sini. Kat sini diorang kata murah la.. Tapi nak banding dengan harga kat Malaysia lagi murah.

Salah sorang Urusetia Korea. Yang minat cerita Korea tu, ade handsome macam pelakon Korea ke?

Ejaan nama aku dalam tulisan Korea.
Tempat lepas tu aku tak ingat nama dia. Ada pameran tentang perang Korea kat atas. Kat bawah dia sungai (Longkang besar). Tapi air dia jernih & sejuk... Tak macam sungai/longkang˛ kat Malaysia...
Lepas tu ke Yongsan (Electronic City). Kat sini tempat paling murah nak dapatkan barangan elektronik (komputer, kamera, phon, kipas, lampu dsb) kat Korea ni.. Tapi kat Lowyat Plaza kat KL lagi murah rasanya.. Walau produk Korea Samsung & LG. Handphone kat sini berbeza dari Malaysia. Tak boleh pakai kat Malaysia. Kita guna GSM (Guna Sim Card). Korea Guna CDMA. Macam tu la juga sebaliknya..
Lepas tu ke Nam Dae Mun Market. Macam kat Nilai 3. Tapi sesak. Macam Pasar Malam. Barang yang di jual macam nilai 3 la.. atau Rantau Panjang.. Murah˛.. (untuk orang sini la). Tapi still mahal bagi orang Malaysia.. Macamtula juga yang dibagitau oleh rakan˛ Asia Tenggara yg lain...
Aku jumpa kotak ni kat satu kedai. Tapi kedai tu tutup. Tak tau dia jual kat ttak Power Root ni. Tapi kat kotak tu memang ada tulis tulisan Korea. Ini le satu2nya produk Malaysia yang aku nampak kat sini.

Lepas tu pergi Itaewon untuk dinner. Baru la aku dapat makan kenyang kat Itaewon ni. Makan kat Dubai Restoran. Halal Restoran. Baru aku dapat makan ayam, daging. Selama ni jadi vegetarian je.. sama la dengan member dari Turki tu..

Kat Restoran ni ada sorang pekerja Korea cakap Melayu dgn aku. Dia pernah duduk kat Indonesia 11 tahun. Bapak dia kerja kat sana.
Restoran ni pemilik dia orang Iraq. Tadi aku terkejut orang Korea cakap Melayu dgn aku. Lepas tu orang Iraq tu pulak terkejut aku cakap arab dengan dia (padahal cuma cakap “Ana min Malazia” je.. hahahah)
Kat Itaewon ni ada Masjid. Pusat Islam Korea. Tapi tak sempat nak pergi. Ahad cuti, mungkin aku pergi sendiri ke sana. Naik subway.
Last hari ni pergi naik atas N Seoul Tower (Macam KL Tower la). Tapi tinggi lagi KL tower (walau aku tak pernah naik KL tower heheh)


Kat atas N Seoul Tower
Bersambung.
12 Jun 2009
Pagi bertolak dari hotel 7.30 menuju ke Daejeon. Salah sebuah Bandar Metropolitan.Tengah˛ Korea Selatan. Lebih kurang 200km ++ dari Seoul. Perjalanan lebih kurang 2 Jam. Melalui highway. Banyak highway kat Korea ni. Tapi Speed Limit maksimum 100 km/j je.

Plaza Tol Yuseong
Pukul 10 sampai ke ETRI (Electronic & Telecommunication Research Institute). Kat sini kerja˛ R&D Elektronik & Telekomunikasi kat Korea ni di buat sebelum di kormesialkan. Robot, TV, Smart Home, Software & macam˛ lah.

Dari Kiri: Korea, Korea, Laos, Philipina, Korea, Paraguay, Brazil, Malaysia, Philipina, Peru, Vietnam, Mongolia, Turkey, Thailand, Venezuela & Vietnam.
Lepas tu pergi makan tengahari di Home Plus tak jauh dari Stadium World Cup, Daejeon.

Stadium Worldcup Daejon

Sawah Padi di Korea
Balik semula ke Seoul (Utara) ke Seoul Radio Management Office kat Guro-gu. Tengok sistem dan peralatan dan macam mana monitoring dibuat.

Sekitar SRMO

Dari Kiri: Malaysia, Korea, Vietnam, Mongolia, Laos, Paraguay, Peru, Turkey, Korea, Brazil, Korea, Philipina, Vietnam, Korea, Thailand, Philipina & Venezuela.
Tak banyak tempat pergi hari ni.
11 Jun 2009
Cuaca baik dan suhu sekitar 25 darjah celcius. Pagi seminar dihotel.

Petang kami ke LIG Next1 Institut di Yongin-City, Gyeoggi –do. Company ni yang develop Radio Management System kat Korea ni. Institut ni juga tempat buat alat komunikasi tentera, torpedo, peluru berpandu dsb. Ada kami ditunjukkan peralatan˛ tu, tapi tak dibenarkan ambik gambar. Kompeni ni adalah kompeni LG. Asal dulu GoldStar. Brand TV yang selalu ada kat Malaysia tu lah.

Miss Maria Moon dari LIG. Menerangkan peralatan Radio Monitoring
Lepas tu kami dibawa ke Gangbuk Nanta Theater di Jeong-Dong dekat Seoul Utara. Menonton persembahan Cookin Nanta. Persembahan menggunakan peralatan˛ dapur. http://www.nanta.co.kr. Tapi masa persembahan tu tak dibenarkan ambik gambar.


Kat Korea ni 70% adalah bukit bukau. So banyak sangat trowong kat sini. Tengok nama trowong ni. Sapa masuk boleh mabuk kut hhehehe...

Yang ni pakaian tradisional Korea kot.

Kepada yang berminat dengan kereta Hundai Sonata. Kat sini berlambak. Diorang buat teksi jee.. Tapi canggih la siap dengan GPS segala.. Nak ke ? Nanti aku bawak balik.. tapi Left Hand Drive.. susah nak pakai kat Malaysia..

Yang ni Samsung Hospital. Selama ni aku ingat Samsung dgn LG brand Jepun, rupanya Korea punya...

Malam hari ke-3 ni juga Call emak kat Kampung. Mak Iti, Rubi & Shukur ada kat kampung.
Esoklah sambung lagi.. dah pukul 1 pagi. Tapi kat Malaysia baru pukul 12 malam.. Esok Sabtu tak ada seminar. Tapi tour trip pusing Korea..
Kamsahamnida, Anyonghi Chumushipsyo... (Terima Kasih, Selamat Malam)
|
|

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)
|
|