| catatan | hubungi kami | galeri | kalendar | hiperlink >>
Siapa Kamilz? Siapa Noraini? Siapa Naqib? Siapa Naqia? Siapa Aqlan?
 

My.Yahoo


Waktu Solat Taman Ixora, BBST Daerah Sepang Selangor Waktu: Isyak
Jumaat 10/09/2010 
Imsak 05:40
Subuh 05:50
Syuruk 07:06
Zuhur 13:13
Asar 16:15
Maghrib 19:17
Isyak 20:26



Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.

Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | Seterusnya >>

Istilah Perubatan Yang Berkaitan ::
Jumaat 12 Jun 2009
Jam 22:03:43 MYT GMT+8 Hari Kedua Di Korea


10 Jun 2009

Pagi sebelum ke seminar hujan. Cuaca hari ni sejuk dan berangin sekitar 20-25 darjah celcius. Seminar hari ni tak buat kat Hotel, tetapi ke CRMO (Central Radio Management Office) di Garak-dong, Seoul.



Tiga seminar hari ni. Sepanjang seminar banyak kali jet & helikopter tentera berlegar². Sebab tempat seminar tu tak jauh dari airport tentera.

Tengahari lepas lunch, menjenguk² subway station (LRT la kat Malaysia). Kat sana ada banyak stesen dan banyak line. Tengok la peta kat belakang tu.


Dari Kiri: Ha Nguyen Phu (Vietnam), Efren Cabanlig (Philipina), Aku, Enrico Garfin (Filipina & Vu Nguyen Thanh (Vietnam)

Lepas habis seminar, melawat office CRMO, tengok sistem² dan peralatan yang digunakan dalam menguruskan radio/spektrum di Korea dan tengok persembahan video dan pentas.



Persembahan pentas ni dalam gelap. Ingatkan persembahan laser. Rupanya ada orang yang pegang macam² bentuk dan warna kertas yang bercahaya dalam gelap.




Belakang dari kiri: Brazil, Filipina, Turkey, Laos, Paraguay & Peru.
Depan: Vietnam, Filipina, Thailand, Vietnam, CRMO, Monggolia, Malaysia & Argentina.

Sebelum makan malam, berjalan² dikawasan yang tak ingat namanya. Tapi dekat Seoul, Selatan juga. Tengok la.. Kat sana ada Parking khas untuk kaum wanita je...



Ini adalah bas yang membawa kami kemana² sepanjang kat Korea ni. Bas Hundai. Kat sini aku cuma nampak bas brand Hundai, Kia & Daewoo je. Semua Korea nya brand. Tak nampak pulak bas TaTa ke, Mecs, Scania, Hino dll kat sini.. Bila agaknya kat Malaysia kita Cuma gunakan bas Proton atau bas Produa je.. ?




Mr. Enver Temel dari Turkey. Satu²nya rakan seIslam. Makan selalu dengan dia.






Khamis 11 Jun 2009
Jam 19:49:29 MYT GMT+8 Hari Pertama Di Korea


9 Jun 2009

Penerbangan lancar. Cuma ada beberapa tempat cuaca kurang baik. Tapi gegaran tak berapa terasa.

Tak berapa boleh nak tidur dalam flight. Cuma dapat lelap beberapa minit je.

Flight landing kat Incheon International Airport (Seoul) lebih kurang jam 7.05 pagi waktu tempatan (6.05 pagi Malaysia). Pemeriksaan Imigresen juga lancar. Lepas ambik beg, keluar kat pintu A, disambut oleh Mr. Tony Kang dari Segye Tour yang bertanggungjawab menguruskan perjalanan, tour dan makan minum sepanjang kursus. Cuaca hujan renyai² dan suhu sejuk sikit lebih kurang 20 darjah celcius.



Aku orang pertama sampai untuk group ke-3. Group 1 & 2 dah sampai awal pagi, dan dah pergi hotel pun. Di maklumkan 2 peserta dari Indonesia cancel tak jadi datang. Masalah lewat dapatkan Visa. Tak dapat la aku geng nak bersembang & rakan seIslam. Ada seorang Islam dari Turkey. Dah sampai awal lagi. Tunggu lagi 3 orang dari Paraguay, Venezuela & Thailand. Lepas semua dah sampai +- 8.45 (waktu tempatan), naik van menuju ke Imperial Palace Hotel kat Seoul. Pukul 11.00 lebih kurang sampai kat hotel.



Call Ain sekejap guna kad telefon yang dibagi free bernilai 10,000 won (+- RM 30). Petang pukul 2 dah start seminar. Hari ni juga dapat elaun cash untuk sepanjang kursus 270,000 won (+- RM 810).



Petang pukul 6, welcoming ceremony. Kalau ikutkan semua disuruh pakai pakaian tradisional masing². Tengok aku sorang je pakai baju melayu bersampin & songkok segala. Lepas majlis jadi rebutan le aku nak bergambar sama².. glamour aku malam tu kehkeh...

Penganjur hadiahkan LG MP3 player (2GB) ni kat semua peserta...



Internet akses diorang bagi wiBro. Tapi laptop aku tak boleh pakai. Sebab aku guna OS 64bit. Driver tak support.



Kat sini terbit matahari lebih kurang pukul 5.10 pagi & Maghrib 7.50 malam. So waktu siang agak panjang..

Bersambung....



Isnin 08 Jun 2009
Jam 21:54:21 MYT GMT+8 Saat² Akhir Di Tanah Air...




Baru check-in...

Tengah tunggu boarding time...

Moga perjalanan dipermudahkan olehnya...





Ahad 07 Jun 2009
Jam 23:59:28 MYT GMT+8 Pakcik Kayo !!!




Tengok duit aku..

Kayanya... ada 200K ++ tu...

Kalau la semua tu RM kayo pakcik.. Kalau USD atau Pound lagi la kayo...

Tapi yang tu Korean Won je... huhu..

Petang tadi tukar kat Money Changers di sg. Petani. RM 699 dapat 233,000 KRW.


Jam 23:56:10 MYT GMT+8 HjZailani.NET Mini Gathering


Jumaat lepas Solat Jumaat bertolak ke Kg. Sg. Manila. Tapi terus ke Restoran D'Hentian Batu 8. Tepi Sungai Perak antara Hutan Melintang - Teluk Intan. Makan malam bersama-sama family.



Sampai waktu maghrib, terus solat dekat surau yang disediakan kat situ.



5 Keluarga yang hadir. Keluarga aku, Sidik, Kak Shimah, Kak Ramlah & Kak Ipah serta Ayahanda & Bonda... Jumlah semua 30 orang malam tu..



Malam tu juga ada 3 kek dibawa. Untuk sambut macam² hari. Aniversary, birthday, hari ibu, hari guru, hari bapa dll. Kek yang aku bawa diorang bilang kek PIBG... hahaha







Jumaat 05 Jun 2009
Jam 10:09:57 MYT GMT+8 Tiket.. tiket... tiket !!


Konduktor: Tiket...tiket tikett..!!! .. Nak kemana bang?
Mamat: Korea.. berapa ya?
Konduktor: 1.9 juta
Mamat: hahhh!!!!! x1000 dan memengsankan diri....

Huhuuhu..

Hari ni dapat tiket dari Korea.. Korean Air.. gila mahal harga tiket.. 1.9 Juta!!!

Tapi betulkan mata anda.. 1.9 juta KRW (Korean Won) hheheh RM 1 -+ KRW 365

Term & Conditions semua bahasa diorang.. wajib aku tak paham... so kalau aku langgar peraturan boleh dimaafkan la.. hahahah







Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | Seterusnya >>

User ID :: Password ::

MyRSSFeed


Naqib.NET®

Naqia.NET®

Aqlan.NET®

Galeri MyMasjid®

Komen Terkini

MyFacebook

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)

MyBlogLog


©Hakcipta Terpelihara Ahmad Kamil Bin Zailani - 1978-2010
www.kamilz.com - www.noraini.com - www.naqib.net - www.naqia.net - www.aqlan.net
s