Hujung Minggu Yang Sayu

Awal pagi Sabtu 8 Mac 2014, kita rakyat Malaysia dan dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 dari KL ke Beijing daripada radar. Sehingga hari ini, hari ke-6 masih belum dirungkai dimanakah hilangnya pesawat berkenaan.

Untuk rekod, aku juga pernah menaiki MH370 ke Beijing 3 tahun lepas, 18 May 2011.

http://kamilz.com/?laman=catatan&aksi=komen&no=221

beijing_boarding

Malamnya, setelah selesai latihan silat anakku Ahmad Naqib Naqiuddin & Nur Ainun Naqia bersama sepupunya Umar, di Surau Balai Islam Taman Ixora, jam 11.08 malam aku dapat Whatsapp message dari abangku Dr Hanif, mohon semua adik beradik membaca Yassin & berusaha untuk pulang segera kerana keadaan ayahanda yang membimbangkan. Aku hanya perasan mesej berkenaan 17 minit kemudian, 11.25 malam. Aku terus hubungi Kak Ramlah, kerana ayahanda berada dirumahya. Kak Ramlah maklumkan nafas ayahanda seperti telah terhenti namun badan masih panas.

Aku terus call adik aku (ayah Umar) yang tinggal setaman dengan aku ajak dia balik. Sedang bersiap-siap untuk balik dapat Whatsapp mesej dari Kak Ramlah jam 11.37 malam, memaklumkan ayahanda telah menemui Ilahi kira-kira jam 11.25..  ketika telefon Kak Ramlah tadi, sebenarnya ayahanda telah atau sedang diambang sakaratulmaut. Luluh hatiku membaca mesej Kak Ramlah..

ان لله وان اليه راجعون

Kali terkahir bertemu ayahanda ahad malam Isnin sebelumnya, setelah menguruskan ayahanda discharge dari Hospital Teluk Intan ke Rumah Kak Ramlah di Teluk Intan. Hari itu merupakan kali pertama dan terakhir aku mendukung ayahanda sepanjang hayatnya. Ketika aku memeluk ayahanda untuk kali terakhir sebelum berangkat pulang ke Sepang, ayahanda kelihatan sebak dan menarik nafas panjang.

dukung_ayahanda

Aku bertolak dari rumah Ixora kira-kira jam 12.15 malam. Konvoi bersama Sidik ke Bangi dahulu untuk mengambil keluarga abang Hanif. Sampai di Kampung Sungai Manila kira-kira jam 3.45 pagi, kerana jenazah ayahanda telah dibawa pulang ke Kampung kira-kira jam 1.45 pagi.

Sampai ke di Kampung aku memeluk Kak Ramlah dan kak Ramlah membisikkan jangan menangis, kerana Emak masih belum menangis lagi.  Aku terus menemui emak yang sedang baring. Peluk emak dan emak membisik redhakan & ikhlaskan ayah pergi. Biar bapak pergi dengan tenang dan tidak perlu menangis. Bapak pergi dengan baik dengan menyebut nama Allah dihadapan emak, Abang Hanif, Kak Ramlah & Abang Sazahan.

Seorang demi seorang adik beradik aku sampai di Kampung. Kecuali abangku Najib yang tidak dapat pulang kerana ketika ayahanda menghembuskan nafas terakhir, beliau sedang dihadapan Kaabah menunaikan umrah yang diniatkan untuk ayahanda kira-kira sejam sebelumnya.

Setelah selesai solat subuh, emak meminta kami adik beradik segera memandikan jenazah ayahanda sebelum orang ramai datang ke rumah. Kami adik beradik bersama-sama memandikan jenazah. Beberapa minggu lalu aku terlepas peluang untuk menghadiri kursus pengendalian jenazah di Masjid kariahku kerana ada urusan lain. Hari ini aku secara langsung “berkursus” bersama emak dan adik beradik lain.

kafan

Selesai memandikan, orang-orang kampung, saudara mara, jiran tetangga datang satu persatu. Tatkala telah ramai tetamu yang hadir, barulah peralatan untuk mengkafankan sampai kira-kira jam 8:45 pagi. Abang Nasir (Suami Kakak) yang mencarinya di Sabak Bernam. Kami meminta tetamu yang hadir untuk mengosongkan dahulu ruang dalam rumah, untuk kami adik beradik dan keluarga menggafankan jenazah ayahanda. Urusan pengafanan dibantu dua orang Imam Masjid Sungai Manila yang juga bekas anak murid bapak, Haji Azhari dan Haji Hassan. Jam 9.12 pagi, jenazah ayahanda selesai dikafankan.

solat1

Setelah kami sekeluarga memberi kucupan terakhir kepada jenazah ayahanda, Abang Ismail (Anak ke-3) mengimamkan solat Jenazah untuk ahli keluarga didalam rumah. Kemudian disolatkan di Masjid yang diimamkan oleh Abang Hanif (Anak ke-7).

solat2

Jenazah ayahanda selamat dikebumikan kira-kira jam 10.30 pagi. Dan ditalkinkan oleh Imam Hassan bekas anak murid bapak yang aku panggil dengan Kang Hassan (Abang Hassan). Arwah anaknya adalah sebaya aku dan menjadi teman rapat semasa kecil dahulu. Surat terakhir arwah anak Kang Hassan (Rahman) yang diutus kepada aku semasa sekolah menengah dahulu masih ada dalam simpanan aku. Kang Hassan juga setiap kali bertemu aku akan bercakap teringat arwah anaknya Rahman setiap kali nampak aku.

kubur2

kubur3

Alhamdulillah, ramai penduduk kampung, jiran tetangga dan sanak saudara yang datang mendoakan kesejahteraan roh ayahanda.

kubur

Bapakku…. Terima Kasih atas didikanmu kepadaku adik beradik sejak kami kecil.. In Sya Allah, aku berusaha untuk mendoakan kesejahteraanmu sekurang-kurangnya 5 kali sehari agar ayahanda tenang di sana.. maafkan atas segala dosa-dosaku…

اللهم اغفر لى ولوالدى وأرحمهما كما ربيانى صغيرا

“Ya Allah, Ampunilah segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mendidikku dan mengasihaniku sejak aku kecil”

“Ya Allah, Kau ketemukan dan berikanlah sesuatu yang terbaik kepada pesawat MH370 dan keseluruhan penumpangya yang hilang sejak Sabtu”

Cerita versi Kakak: http://makbonda61.blogspot.com/2014/03/bapak-siri-syahdu.html

prayformh370

#PrayForMH370, #DoaUntukMH370

2 Balasan untuk “Hujung Minggu Yang Sayu”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *