Doa Akhir & Awal Tahun

DOA AKHIR TAHUN

(Dibaca 3 kali beberapa minit sebelum masuk waktu maghrib Jumaat 30 Zulhijjah 1428 / 19 Jan 2007)

ERTINYA: Segala puji hanya layak untuk ALLAH, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya.

Ya ALLAH, apa-apa yang kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredhainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami.

Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat redha-MU, ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai TUHAN Yang Pemurah, TUHAN yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini.

Semoga ALLAH merahmati Saidina Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya untuk ALLAH, TUHAN semesta alam.

DOA AWAL TAHUN
(Dibaca 3 kali selepas masuk waktu maghrib Jumaat 1 Muharram 1428 / 19 Jan 2007)

ERTINYA: Segala puji hanya layak untuk ALLAH, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya.

Ya ALLAH, ENGKAUlah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAUlah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya.

Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat mengasihi.

Semoga ALLAH merahmati Saidina Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya untuk ALLAH, TUHAN semesta alam.

KategoriPelbagai

0 Balasan untuk “Doa Akhir & Awal Tahun”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *