Al-Fattah Al-‘Alim: Dialah Yang Maha Memberi Keputusan Dan Maha Mengetahui

ٱلْفَتَّاحُ ٱلْعَلِيمُ

Dialah Yang Maha Memberi Keputusan Dan Maha Mengetahui

 

“Katakanlah: “Rabb kita akan mengumpulkan kita semua, kemudian Dia memberi keputusan antara kita dengan benar. Dan Dia-lah Maha Pemberi keputusan lagi Maha Mengetahui”
(Sabaa’:26).

“Pengetahuan Rabb kami meliputi segala sesuatu. Kepada Allah sajalah kami bertawakkal. Ya Rabb kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya”
(al-A’raaf:89).

 

Seperti sedia maklum, Ahad ini Rakyat Malaysia yang berkelayakan akan membuat keputusan berkenaan pilihan masing-masing bagi menentukan pemimpin yang akan mengemudi negara bagi tempoh 5 tahun yang akan datang.

Walaupun mungkin pilihan telah tersemat di sanubari masing-masing dan merasakan itulah pilihan tepat dan terbaik, atau masih terkeliru dengan siapa yang bakal dipilih, kembalilah merujuk kepada-NYA, agar pilihan kita tepat kerana DIALAH  Al-Fattah dan Al-‘Alim…

Marilah bermula malam ini selama 3 malam berturut-turut, kita tunaikan solat sunat istikharah dan solat hajat, agar diberi petunjuk olehNYA untuk membuat pilihan yang paling tepat.

 

Selamat Memilih Daripada KamilzDotCom

Doa Solat Istikharah

 

Hari Kedua: Tokyo Jepun

Pagi ni 9.15 tepat berkumpul kat Lobi. Mr Namoto & Ms Fujimoto tunggu. Ada 10 peserta semuanya. Afganistan, Bhutan, China, Maldives, Nepal, Sri Lanka, Solomon Island, Thailand, Vietnam & aku Malaysia.

Hari pertama kami di bawa ke Kementerian Dalam Negeri & Komunikasi Jepun (MIC). Naik train dari stesen Shinjuku ke Kasumigasaki. Di stesen Kasumigasaki tu lah terletaknya bangunan-bangunan Kerajaan. Kami di bawa ke tingkat 10 untuk sesi berkenalan pagi ini dan sesi pemberian elaun harian ;-).

Sesi berkenalan diketuai oleh Mr Fuseda. Pengarah di MIC.

Sesi petang adalah pembentangan Country Report oleh semua negara terlibat.

Selesai program balik ke hotel. Dan malam aku & peserta dari Afganistan, Bhutan, Nepal, Maldives & Solomon berjalan di sekitar Shinjuku. Singgah di pasaraya elektronik LABI & Bic Camera… Banyak barangan elektronik / komputer / kamera yang harga jauh lebih murah berbanding Malaysia. Ya la.. product brand Jepun (tapi banyak made in China)


Meninggalkan Malaysia Lagi: Hari Pertama: Tokyo Jepun

Semenjak aku masuk kementerian sekarang ni 2009, ini kali ke-4 aku tinggalkan Malaysia. 2009-Seoul, 2010-Shenzen & Hongkong, 2011-Beijing kali ni ke Tokyo pulak… 2012 je tak ke mana. Nak ke Bangkok tapi tak jadi.

Pagi ke Airport Jiran hantar. Terima kasih Nik. Isteri & anak-anak sekolah. 11.00 pagi flight dari KLIA. Mendarat di Narita International Airport tepat jam 6.40 petang (5.40 waktu Malaysia) seperti dijadualkan. Memang ikut janji Jepun betul. Dah Isyak pun kat sini.

Setelah selesai segala urusan imegresen & kastam, kat luar Mr Fujikura tunggu. Terus bawa naik bas ke Shinjuku Washington Hotek. 7.20 naik bas, 8.50 sampai. Lebih kurang 80KM. Tiket harga 3,000 yen. Lebih kurang RM105. Tapi Mr Fuji dah belikan.

Sampai checkin dan terus berkurung kat bilik.. Nak keluar badan masih terkejut dengan kesejukan cuaca.. lebih kurang 3 darjah celcius malam ni.

  

Esok perlu turun lobi 9.15 waktu tempatan untuk mulakan hari pertama kursus.