| Waktu Solat Taman Ixora, BBST Daerah Sepang Selangor Waktu: Isyak |
| Jumaat 10/09/2010 |
| Imsak |
05:40 |
| Subuh |
05:50 |
| Syuruk |
07:06 |
| Zuhur |
13:13 |
| Asar |
16:15 |
| Maghrib |
19:17 |
| Isyak |
20:26 |
|
|
|
DOA HARI KE-30 RAMADHAN

"Ya Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaan-MU dan keredhaan Rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya, Demi kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam."
Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.
Keadaan terbaik Naqiuddin hari ni jam 12 tengahari tadi. Masa tu tak demam ( ) suhu pun 36.2 C, Heart Rate pun rendah 119 per minit dan Oksigen 90 % dengan bantuan 75% mesin.
Tapi masa abahnya datang petang, suhu dah naik balik 37 C, Heart Rate naik 155-160 dan Oksigen sekitar 75-82% dengan 85% bantuan mesin.
Hari ni abah sempat ambil 2 gambar Naqiuddin guna handset (kat atas). Itu pun curi? ambik. Takut nurse ( ) marah. Tu yang angle pun tak berapa elok.
Ibu Naqiuddin baru lepas melawat.
Naqiuddin demam ( ) malam semalam. Tapi siang dah OK ( ). Dah jenis demam ( ) malam pulak.
Degupan jantung (Heart Rate) pun dah turun sedikit berbanding semalam (145-155). Oksigen 80% keatas dengan bantuan 75% dari mesin.
Semalam nurse ( ) ada cakap, kalau dia OK ( ) atau macam tu je perkembangan dia tak ada peningkatan, Arterial Switch Operation mungkin akan terus dibuat.
Petang ni Naqiuddin berjaga sepanjang abah dia ada disisi. Nak menyembang kut. Tapi tak boleh sebab mulut masih sumbat dengan salur oksigen. Sampai Naqiuddin tidur baru abah & ibunya balik.
Luka operation dah kering dan plaster pun dah dibuka. Cuma Naqiuddin kejap demam ( ) kejap OK ( ). Setakat 7 malam tadi Naqiuddin sihat. Suhu 36.4 C.
Bantuan oksigen dari mesin pun dah dikurangkan kepada 75% bantuan. Heart Rate dia masih seperti semalam 155-165 per minit. SpO2 pun antara 75-85%.
Moga kau cepat sembuh anakku. Amin ( ) Ya ALLAH ( ).. .
Thank kepada kawan Noraini (Kawan lama di ITP UTM - Kak Ina & Rakan) kerana datang melawat.
Semalam terakhir lawat Naqiuddin jam 6:30 petang. Masih di PICU. Penat betul semalam. Hari Ahad pun kebanyakan jalan kat KL jem teruk. Semua nak pulun habiskan Open House kot.
Pagi Naqiuddin tak demam ( ), datang petang Naqiuddin demam ( ) balik. Suhu 37.6 C. Heart Rate dengan Oksigen lebih kurang je dengan hari-hari sebelum tu. Naik turun. Pagi saluran untuk buang darah kotor yang dimasukkan kat bahagian dada dah dibuang. Dia jaga. Baru dia dapat tengok abah dia hari ni. Sebelum ni masa abah dia lawat, tak pernah jaga.
Hari ni Naqiuddin kena x-ray lagi. Ntah berapa juta sel dah mati ntah.
Petang Dr ( )Martin ada tengok X-ray tu. Dia kata tak ada perkembangan dan kuman dalam paru-paru Naqiuddin degil tak nak mati. Udah kata ada kuman pulak. Hari tu Dr ( )lain kata tak ada kuman. Ntah le tak paham..
Petang tadi jenguk Naqiuddin. Dah tak demam ( ). Suhu 36.7 C.
Tapi Heart Rate naik sikit. 139-160 per minute. Oksigen pun turun sikit 60-75%.
Hari ni Naqiuddin dimasukkan darah. Entah darah siapa pulak le yang Naqiuddin terima. Darah Naqiuddin jenis B+. Sama macam ibu dia. Abah dia darah jenis A+.
Hari ni masuk minggu ke-2 Naqiuddin tinggal di Pediatrik ICU IJN.
Semalam petang pergi jenguk Naqiuddin. Masih demam ( ) lagi. Suhu 38 C.
Alhamdulillah, keadaan jantung dia dah semakin kuat. Heart Rate sekitar 135-140 per minute. Oksigen masih sekitar 65-85%.
Ikut kata nurse ( ), paru-paru sebelah kiri dah OK ( ). Cuma sebelah kanan ada sikit lagi. Kahak Naqiuddin banyak lagi. Paru-paru memang tak ada jangkitan kuman.
Moga kau cepat sembuh anakku. Amin ( )nn .
Cukup Seminggu Naqiuddin di Pediatrik ICU.
Jam 10 Pagi. Ibu Naqiuddin datang menjenguk lagi.
Naqiuddin demam ( ) lagi bermula pagi tadi. Suhu 38.2 C.
Semalam dah Ok. Jam 2 pagi tadi pun Oksigen dapat capai 90%. Dan dua jam lepas Heart Rate below than 150. Tapi dah start demam ( ) balik ni Heart Rate pun naik balik ler.
Melawat Naqiuddin lepas kerja. Dah bertambah sihat berbanding pagi tadi. Heart Rate dah turun ke 155-160 dan Oksigen dah dapat 80-85%. Tapi dengan 97% bantuan mesin. Tak apalah, janji dapat bantu dia untuk kuatkan jantung.
Suhu dah turun kepada 36.8 C. Alhamdullillah. .
Naqib Naqiuddin" > Photo by Ujie.com
Ibu dia dapat tengok tengahari tadi. Masih di PICU. Memang demam ( ) rupanya . Malam tadi nurse ( ) kata ada sampai tahap 38 C suhu dia. Tadi Naqiuddin muntah-muntah. Dia buka mata, mata berair. Menangis agaknya . Nak keluar suara, mulut sumbat dengan saluran oksigen.
nurse ( ) pinkan sarung tangan yang dipakainya ke tilam. Sebab dia asyik bergerak-gerak angkat tangan dan kaki. Memang tabiat Naqiuddin sebelum operation lagi.
Paru-paru Naqiuddin ada masalah sikit. X-ray warna putih, sepatutnya hitam kalau normal. Tapi bukan jangkitan kuman, mungkin tertelan kahak. Tunggu Dr ( )Hamdan Leman pakar bedah untuk check. Dr ( )paling sibuk di wad pediatrik ni. Kamilz pun tak pernah jumpa lagi.
Petang Semalam lawat Naqiuddin sampai 7:30 mlm. Macam tak sihat je . Suhu 37.3 C. Itu dah macam suhu baby demam ( ).
Heart Rate pun naik balik. Sekitar 160-170 per minute. Oksigen pun berkurangan. Hanya dapat capai sekitar 55-65%. Dua tiga kali nurse ( ) pump untuk pulihkan semula pernafasan Naqiuddin. Semua yang masuk sama-sama Naqiuddin dalam PICU dah keluar masuk wad. Sekarang yang dalam PICU semua orang-orang baru yang baru lepas operate.
Hari sebelum tu Heart Rate dah turun sampai 139 dan oksigen sekitar 70-80%. Dan tanya nurse ( ) masa tu, kahak Naqiuddin banyak. So selalu kena sedut. Kahak banyak boleh bawa kesan kepada kesihatan paru-paru dia.
Sebentar tadi ibu dia masuk jenguk Naqiuddin, tapi tak dapat tengok sebab disuruh keluar balik. nurse ( )-nurse ( ) tengah pump pernafasan Naqiuddin.
Kuatkan semangatmu Naqiuddin. Semoga kau cepat sihat. Ya ALLAH ( ), berilah kekuatan dan kesihatan kepada Ahmad Naqib Naqiuddin Bin Ahmad Kamil. Amin ( )nn... 
|
|

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)
|
|