Yayasan bantu pelajar Sekolah Izzudin Shah

BEKAS pelajar dan guru-guru mengaminkan doa yang dibaca oleh Ustaz Hamzah Suffian (duduk tengah) dalam majlis pertemuan semula pelajar-pelajar Sekolah Izzuddin Shah sesi 1980-1984 di Ipoh, semalam.

IPOH 15 Dis. – Satu yayasan bakal ditubuhkan pada pertengahan tahun depan bagi membantu para pelajar Sekolah Izzuddin Shah di sini melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.

Seorang wakil bekas pelajar sekolah berkenaan, Mohd. Ali Mansor berkata, yayasan itu antara lain bertujuan membantu para pelajar yang cemerlang tetapi kurang berkemampuan.

Beliau berkata, pihaknya merasakan sudah masanya Sekolah Izzudin Shah mempunyai sebuah alumni yang mantap dan mampu menyumbang semula kepada sekolah.

“Selain itu, kita juga bercadang untuk mengadakan sesi ceramah berkaitan pekerjaan terutamanya dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan lima supaya mereka nampak hala tuju masing-masing selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pertemuan semula pelajar-pelajar Sekolah Izzuddin Shah sesi 1980-1984 di dewan makan asrama sekolah berkenaan hari ini.

Bertemakan Sirih Pulang Ke Gagang, seramai 35 bekas pelajar sekolah itu sempat beramah mesra dengan bekas guru selain mengimbau kenangan silam dengan tidur bersama di blok asrama sekolah berkenaan semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Ali yang kini merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, cadangan penubuhan yayasan itu pada awalnya akan difokuskan bagi membantu anak-anak bekas pelajar bagi kohot berkenaan yang kurang bernasib baik.

Menurut beliau, sebanyak 115 individu telah dikenal pasti sebagai bekas pelajar sekolah tersebut untuk sesi 1980-1984 yang kini sedang berkhidmat di dalam dan luar negara.

“Dahulu, kami hanya hidup dengan bantuan pejabat agama melalui sumbangan zakat iaitu RM316 bagi setiap pelajar, justeru kami merasakan perlunya pendidikan agama ini terus diperkasa,” katanya.

Sekolah Izzuddin Shah merupakan sekolah menengah agama pertama yang ditubuhkan dengan berorientasikan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) khas untuk pelajar lelaki selain menawarkan aliran pengajian agama dan kurikulum kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan.

Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131216/pe_03/Yayasan-bantu-pelajar-Sekolah-Izzudin-Shah

Lima lagi sekolah tahfiz bakal dibina di Perak

IPOH 25 Ogos – Lima lagi sekolah tahfiz akan dibuka sekali gus bakal merencanakan sasaran kerajaan negeri mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah institusi pendidikan agama berkenaan di kesemua 10 daerah di Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Nizar Zakaria berkata, ketika ini, terdapat lima sekolah tahfiz beroperasi di lima daerah selain tiga lagi di sekolah agama iaitu Sekolah Raja Perempuan Taayah, Sekolah Izzudin Shah dan Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah di Kampung Gajah.

“Lima sekolah tahfiz sedia ada terdapat di daerah Lenggong, Sungai Siput, Tapah, Kerian dan Batang Padang. Kita sedang dalam proses mengenal pasti lima lagi tapak sekolah tahfiz di beberapa daerah lain dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

“Di sekolah persendirian dan swasta pula, terdapat 24 buah yang menawarkan pengajian tahfiz, jadi, dengan pertambahan sekolah tahfiz ini, kita menjangkakan peningkatan bilangan pelajar dengan sasaran kita melahirkan sebanyak 300 orang setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penutupan ihtifal sekolah-sekolah agama peringkat negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Mohamad Nasar Kurdi.

Program tahunan yang berlangsung selama tiga hari itu antara lain mempertandingkan beberapa acara termasuk nasyid, marhaban dan rawi, hafazan, tilawah al-Quran, bercerita kisah al-Quran, syarahan bahasa Arab dan bahasa Melayu, hiwar (lakonan), khutbah dan tulisan khat.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Nizar berkata, pendaftaran ke sekolah-sekolah agama untuk pengambilan pelajar ke tingkatan satu di negeri ini dijangka bakal menggunakan aplikasi dalam talian menjelang hujung tahun.

Beliau berkata, hasil kerjasama dengan agensi kerajaan negeri, KPerak Implementation and Coordination Corporation (KPerak) itu juga akan membolehkan pendaftaran pelajar dibuka selama dua minggu sebaik sahaja keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 diumumkan.

“Pendaftaran itu akan dibuka di laman web rasmi Gerbang Mesra Rakyat Negeri Perak yang mana semua maklumat termasuk panggilan temuduga akan dipaparkan secara dalam talian,” katanya.

Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Utara/20130826/wu_03/Lima-lagi-sekolah-tahfiz-bakal-dibina-di-Perak

Tiga Bekas Pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Berbeza Parti Tanding Bawah Satu Parlimen

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
izra@thestar.com.my

Diterbitkan: Ahad, 21 April 2013 12:00 AM mStar

IPOH: Pilihan raya kali ini bakal menyaksikan tiga rakan sekolah yang berbeza fahaman politik bertanding di bawah Parlimen yang sama bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mereka ialah Asmuni Awi (PAS), Mohamad Ziad Mohamed Zainal (BN) dan Sulaiman Zakariya (Bebas) yang masing-masing menjadi calon bagi dua kerusi negeri di Parlimen Tambun.

Ketiga-tiga mereka merupakan bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.

Asmuni akan berdepan Ziad dalam pertembungan satu lawan satu bagi merebut DUN Manjoi manakala Sulaiman akan bersaing secara tiga penjuru menentang calon BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di DUN Hulu Kinta.

Asmuni berkata, walaupun berbeza parti dan fahaman politik beliau menghormati calon-calon lain termasuklah dua rakan yang pernah bersekolah di bumbung yang sama.

“Kami satu sekolah tak bermakna tak boleh bersaing. Saya melihat ini sebagai satu persaingan sihat,” katanya kepada mStar Online, pada hari penamaan calon, dekat sini, Sabtu.

Asmuni, 59, berkata, walaupun mengenali kedua-dua calon berkenaan, beliau lebih rapat dengan Ziad, 38 berbanding Sulaiman, 65, yang merupakan pelajar ‘senior’ di sekolahnya.

Jelasnya, beliau maklum lebih awal bahawa Ziad akan bertanding menentangnya tetapi berbeza dengan Sulaiman yang hanya diketahui akan bertanding pada hari penamaan calon.

“Saya tak tahu beliau akan bertanding di sini sebagai calon Bebas. Saya terpinga-pinga bila nampak beliau di dewan penamaan calon.

“Bila kami bersembang dan nampak borangnya, baru saya tahu beliau juga sah akan bertanding,” katanya.

Asmuni berkata, beliau tidak pernah memandang rendah calon-calon lain, apatah lagi rakan sekolahnya walaupun berbeza parti.

“Saya tak pernah pandang rendah terhadap lawan. Saya hormat BN sebagai parti yang telah lama memerintah. Mereka mempunyai jentera yang kemas dan kewangan kukuh,” katanya.

Namun, beliau berkata akan menghadapi persaingan dengan segala kekuatan yang ada.

“Dengan suasana rakyat yang mahukan perubahan, saya yakin kami akan menang dalam pilihan raya ini,” katanya.

Parlimen Tambun merupakan kubu kuat BN yang telah disandang oleh Menteri Kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah sejak empat penggal lalu.

Sejarah sekolah agama di Perak

Pendidikan: Utusan Malaysia  : 14 Mei 2012

Oleh JURIJ JALALUDIN

Mukadimah

Sejarah pendidikan Islam bermula dengan sekolah agama yang beroperasi secara mandiri tanpa bantuan kewangan daripada kerajaan. Ia bergantung semata-mata kepada yuran pengajian dan sumbangan ihklas daripada dermawan. Dalam konteks Perak, sekolah agama yang pertama ditubuhkan ialah Ma’ahad Al-Ehya Asshariff di Gunung Semanggol pada 1918. Sejak itu, sekolah agama terus berkembang pesat dan kini ia didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). SABK sama seperti sekolah kerajaan yang lain turut menerima peruntukkan kewangan dalam aspek pengurusan guru akademik, bantuan kepada pelajar dan pembangunan sekolah. Kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) terlibat dengan pengurusan pelajaran Azhariah dan guru Azhariah. Manakala Lembaga pengurusan sekolah pula terlibat dengan pegangan tanah sekolah (wakaf) dan bangunan sekolah.
– Pengarang

Institusi pendidikan agama di Perak bermula melalui penubuhan Ma’ahad Al-Ehya Asshariff di Gunung Semanggol pada 1918. Daripada sebuah pondok ia bertukar kepada sebuah sekolah agama pada 15 April 1934 yang diberi nama Madrasah Al-Ehya Asshariff.

Sekolah ini diwujudkan kerana terdapat keperluan tempat belajar untuk murid lepasan sekolah rendah di samping sebagai usaha menyebarkan ilmu secara lebih teratur dalam menyebarkan risalah Islam.

Pada 1936 dengan permuafakatan masyarakat setempat dan para pelajar sendiri, mereka telah bergotong royong membina sebuah bangunan bagi kelas-kelas tambahan.

Sebuah lagi bangunan sekolah kayu dibina dalam tahun 1940 hasil daripada sumbangan derma orang ramai dan namanya ditukar kepada Ma’ahad Al-Ehya Asshariff.

Pada tahun 1941, ma’ahad ini mempunyai lebih 400 orang pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan. Sebanyak 270 buah pondok asrama disediakan oleh jawatankuasa pentadbiran sekolah ini dan pada tahun yang sama juga institusi pendidikan agama ini mempunyai harta kira-kira 50 ekar kebun dan sawah.

Selepas merdeka, Ma’ahad Al-Ehya Asshariff semakin berkembang maju dan pihak pemerintah turut memberi bantuan dua buah asrama baru yang telah dirasmikan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 1959.

Selain itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak (JAIP) juga menghulurkan bantuan RM500 sebulan pada Ma’ahad, sementara Kementerian Pelajaran memperuntukkan sebanyak RM5,300 setahun membantu sekolah agama ini.

Pada tahun 1960 pelajar-pelajar ma’ahad meningkat ke angka 722 orang, dan dalam tahun 1964 apabila peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) mula-mula diperkenalkan di sekolah, kejayaan yang capai oleh sekolah ini amat cemerlang sekali.

Selepas Ma’ahad Al-Ehya Asshariff, dua sekolah agama lain mula beroperasi iaitu Madrasah Idrisiah pada 1922 dan diikuti Sekolah Menengah Agama (SMA) Ad-Diniah Al-Islamiah pada 1924.

Murid pertama Madrasah Idrisiah ialah Haji Muhammad Haji Salleh, dari Kelantan. Pada tahun 1928 murid kedua ialah Syeikh Abdullah al-Maghribi dari Mekah dan murid ketiga pada 1932 ialah Syeikh Abdullah Fa’him dari Kepala Batas iaitu datuk kepada bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penubuhan Madrasah Al-Diniah di Kampung Lalang, Padang Rengas pada 1924 bukan sahaja menitikberatkan pelajaran agama dan akademik malah pelajaran amali seperti ilmu berniaga (small business), membuat kicap, membuat sabun, membuat minyak angin, kacang masin, bersawah, berkebun dan menjahit (untuk penuntut perempuan) turut dijadikan pelajaran wajib diketahui oleh penuntutnya.

Hasilnya, menjelang penghujung 1930-an di Padang Rengas sendiri terhadap hampir 30 buah kedai kepunyaan orang Melayu yang terdiri daripada kedai getah, kedai kopi, kedai gunting rambut, kedai runcit dan sebagainya.

Seterusnya, pada 1942, Sekolah Menengah Agama Al Falah telah dibina di kawasan seluas 2.5 ekar tanah wakaf. Sekolah ini telah beroperasi selama lebih 50 tahun sebagai sekolah agama rakyat dan mengharungi pahit manis sejarahnya, sebelum diperakui sebagai sebuah Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan pada 17 Mei 2005. Hal ini bermakna hampir keseluruhan pembiayaan pengurusan dan pembangunan sekolah dibiayai oleh kerajaan.

Sebuah sekolah lagi yang ditubuhkan sebelum era kemerdekaan ialah Sekolah Menengah Agama Rakyat Al Hidayah atau ringkasnya SMARAH. Pada peringkat awal pengajian agama dan bahasa Arab yang dijalankan adalah berkisar di peringkat rendah sahaja.

Kemudian, pada 1983, SMARAH telah dinaik taraf kepada peringkat menengah dan namanya ditukar daripada Madrasah Al-Hidayah Adiniah kepada Sekoalh Menengah Agama Rakyat Al-Hidayah.

Pasca kemerdekaan pula menyaksikan lebih banyak sekolah agama ditubuhkan di Perak seperti Maahad Al TarbiahAl Islamiah (MTI) pada 1958, Sekolah Izzuddin Shah (1959), Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah (1960), Maahad Al-Khair Lil Banat (1962), Sekolah Menengah Addiniah (1970) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Islahiah Addiniah (1980).

Bilangan SABK semakin bertambah khususnya pada tahun 1990-an seperti SABK Maahad Al-Ummah, SABK Maahad Al-Imam Asy Syafiee, SABK Syubbaniah, Maahad Nurul Fadzliah, SABK Batang Padang dan SABK Maahad Al-Mizan.

Salah satu sekolah menengah agama di bawah kelolaan kerajaan negeri Perak ialah Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah yang ditubuhkan pada 2006.

Proses kemasukkan ke sekolah ini bukan berdasarkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tetapi melalui Ujian Kelayakan Khas yang melibatkan bidang agama dan akademik.

Secara keseluruhannya, pembangunan sekolah agama dan perkembangan pendidikan di Perak merupakan dua aspek yang seiringan antara satu sama lain.

Sekolah agama dibangunkan mengikut acuan agama Islam yang menekankan tentang pembangunan yang menyeluruh, seimbang dan sepadu meliputi keperluan-keperluan rohani dan jasmani serta duniawi dan ukhrawi.

Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120514/pe_01

Festival nasyid Kolej Taj meriah

Bicara Agama : Utusan Malaysia : 29 April 2008

Oleh AZMI ABDUL MALEK

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada johan Festival Nasyid kepada kumpulan Soutul Faizin dari Sekolah Menengah Izzuddin Shah, di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

FESTIVAL Nasyid Sempena Maulidur Rasul anjuran Kolej Taj di Ipoh, Perak, baru-baru ini memeriahkan suasana membeli-belah di pasar raya Greentown Mall, apabila 10 kumpulan dari institusi pendidikan di sekitar bandar raya itu menyertai program berkenaan dengan mempamerkan persembahan ala konsert ternama di negara ini.

Pentas persembahan yang terletak di hadapan pasar raya berkenaan menjadi sesak di pertengahan acara apabila pengunjung datang semakin meningkat.

Selain tetamu jemputan, pengunjung pasar raya terutamanya golongan remaja menyaksikan setiap kumpulan menggunakan alat muzik ala konsert ternama ketika mengadakan persembahan.

Kumpulan Soutul Faizin dari Sekolah Menengah Izzuddin, Ipoh, yang menjuarai pertandingan itu berjaya menambat hati penonton dengan persembahan menarik.

Kumpulan berkenaan berjaya meraih hadiah wang tunai bernilai RM1,500 beserta sijil dan hamper yang ditaja beberapa badan korporat dan agensi kerajaan.

Naib johan disandang kumpulan Ainul Yaqin dari Sekolah Menengah Taayah, Ipoh, dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM800, manakala tempat ketiga dimenangi kumpulan Yayasan Amanah Ainul Maisarah, Chemor.

Hadiah disampaikan Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga pengasas Kolej Taj, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Taj, Tina Tajuddin, berkata tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW di samping menerapkan nilai-nilai murni yang menjadi paksi kejayaan umat Islam masa kini.

Menurutnya, program itu turut memberi pendedahan interaksi antara mahasiswa kolej dengan masyarakat setempat, di samping menimba pengalaman baru tentang cara mengatur program sedemikian.

Katanya, program itu mendapat sokongan penaja yang terdiri daripada badan korporat, institusi pengajian tinggi, sekolah dan agensi kerajaan sekitar bandar raya Ipoh.

“Program sama akan terus dikembangkan ke tempat lain pada masa hadapan sekiranya ia mendapat sambutan menggalakkan,” katanya.

Tina berkata, Kolej Taj sentiasa prihatin dengan masyarakat sekitar dan bercadang menyusun beberapa program lain dalam tempoh terdekat ini.

Menurutnya, beberapa program yang membabitkan bakti siswa akan diketengahkan tidak lama lagi supaya mahasiswa mendapat nilai tambah ketika belajar di kolej berkenaan.

Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

Most States Show Improvement In SPM Results

KUALA LUMPUR April 4 – The 1999 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) results have seen an improvement in the overall performance of schools nationwide with 119 of them scoring 100 percent passes compared to 111 schools in 1998.

The number of schools with all candidates getting grade one also increased to 17 from 12 previously.

A total of 76,051 candidates obtained grade one compared to 71,382 the previous year; 74,400 got grade two compared to 68,921 in 1998 and 54,871 passed with grade three compared to 54,243 in 1998.

The number of candidates who obtained the maximum 10 A1s increased almost three times from 65 in 1998 to 189 last year.

The results were announced by Education Director-General Datuk Dr Abdul Shukor Abdullah today.

In PENANG, six schools registered 100 percent passes, and four of them are Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMK A).

The four religious secondary schools with a clean slate are SMK (A) Al-Irshad, SMK (A) Al-Mashoor Lelaki, SMK (A) Al-Mashoor Perempuan and SMK (A) Nibong Tebal, while the other two schools with 100 percent passes are Sekolah Menengah (SM) Tun Syed Sheh Shahabudin and SM Teknik Lorong Batu Lancang.

In a statement, the state Education Department said SMK (A) Al-Irshad, SM Tun Syed Sheh Shahabudin and SMK (A) Al-Mashoor Lelaki were the best as none of their candidates got grade three.

A total of 18,514 candidates sat for the examination last year compared with 18,142 in 1998.

In KEDAH, 15,995 or 70 percent of government school candidates passed the examination, a figure which equals the national passing rate and surpasses the 69.4 percent passes recorded in 1998.

State Education Director Hassan Hashim said the number of first and second graders increased to 26.0 and 24.7 percent respectively from 25.0 and 24.2 percent in 1998.

SM Sains Pokok Sena emerged the top school for the third straight year with all its candidates getting grade one, he said.

Seven other schools also scored 100 percent passes, and they are SMK (A) Kedah, SM Sultan Abdul Halim, SM Sains Sultan Mohd Jiwa, SMK Sultanah Asma, SMK Sultan Badlishah, SMK (A) Baling and SMK (A) Yan.

In PERAK, its overall passing rate improved by one percentage point while 105 candidates achieved excellent results compared with 83 in 1998.

Four religious secondary schools, including two run by the state government, scored 100 percent passes, State Education Director Ahmad Zainuddin Othman said in a statement.

They are SMK (A) Slim River and SMK (A) Sultan Azlan Shah and the state-run schools of SM Izzuddin Shah and SM Raja Perempuan Taayah.

In NEGERI SEMBILAN, the passing rate rose by 2.7 percentage points with 9,853 candidates passing while six schools scored 100 percent passes.

State Education Director Kusaini Hasbullah said of this number, 4,086 candidates obtained grade one, 3,472 grade two and 2,295 grade three.

The schools with 100 percent passes are SMK (A) Persekutuan, Labu, Kolej Tunku Khurshiah, SM Sains Tuanku Jaafar, Sekolah Datuk Abdul Razak, SMK (A) Haji Mohd Said, and SMK (A) Pedas.

In JOHOR, the percentage passes improved by 0.4 percentage of a point to 68.6 percent.

State Education Director Rashdi Ramlan said 8,632 candidates obtained grade one while 10 schools scored 100 percent passes.

They are SM Tun Fatimah, SM Sains Muar, SM Sains Kota Tinggi, SM Sains Kluang, SM Teknik Perdagangan, SMK (A) Segamat, SMK (A) Johor Baharu, SMK Mahaad in Muar, SMK (A) Penawar and SM Teknik Segamat.

Meanwhile in PAHANG, 14,206 candidates passed the examination and of this number 5,370 obtained grade one compared to 5,060 in 1998.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, when announcing the results, said eight schools chalked up 100 percent passes, including SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah in Pekan whose students all scored grade one.

The other schools with 100 percent passes are SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (in Kuantan), SMK Abd Rahman Talib, SMK (A) Tengku Ampuan Hajah Afzan Pahang, SMK Padang Saujana, SM Sains Tengku Abdullah, SM Teknik Muadzam Shah and SMK Seri Jengka.

In PERLIS, acting state Education Director Sulaiman Ismail said 1,002 of the 3,359 candidates from 20 government schools obtained grade one.

Three schools – SMK Datuk Sheikh Ahmad, SMK (A) Arau and SM Sains Tuanku Syed Putra – obtained 100 percent passes.

In SARAWAK, state Education Director Putit Matzen said 17,567 candidates passed the examination compared to 15,529 the previous year.

The number of first graders increased to 5,989 from 5,275 in 1998.

Seven schools scored 100 percent passes. They are Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, SM Sains and SM (A) Matang No. 2 here, Sekolah Menengah Agama, Kolej Tun Datuk Tuanku Bujang and SM Sains (all in Miri), and SMK Teknik in Sibu.

In SELANGOR, out of the 37,159 students who sat for the examination, 10,683 obtained grade one, 8,634 grade two and 5,931 grade three.

According to a statement from the state Education Department, five schools scored 100 percent passes, including three whose students all obtained grade one.

The schools with 100 percent first graders are SMK Sains Kuala Selangor, SMK (A) Persekutuan Kajang and Kolej Islam Klang, while the other two with 100 percent passes are SMK (A) Kuala Selangor and SM Teknik Sungai Buloh.

In TERENGGANU, six SMK (A) are among nine schools with 100 percent passes.

The religious schools with 100 percent passes are SMK (A) Sheikh Abdul Malek, SMK (A) Tok Jiring, SMK (A) Batu Rakit, SMK (A) Durian Guling, SMK (A) Wataniah and SMK (A) Nurul Ittifaq.

The others with a perfect record are SM Sains Sultan Mahmud, all of whose students scored grade one, SM Sains Dungun and SM Teknik Kuala Terengganu.

In SABAH, the number of schools with 100 percent passes increased from five to eight.

They are SM Sains Wilayah Persekutuan Labuan, SM Teknik WP Labuan, SM Teknik Kudat, SM Teknik Sandakan, SM Teknik Tawau, SMK Agama (Tawau) Semporna, SM Sains Lahad Datu and SM Teknik Lahad Datu.

In KELANTAN, eight schools obtained 100 percent passes compared with five schools the year before.

They are Maktab Sultan Ismail, SM Sains Tengku Mohd Faris Petra, SMK (A) Naim Lil-Banat, SMK Ismail Petra, SM Sains Machang, SMK (A) Falahiah, SM Sains Pasir Puteh and SM Teknik Pasir Mas.

State Education Director Mohamed Hasan said Sek Men Sains Pasir Puteh, whose students were taking the SPM for the first time, came through with flying colours as 105 of its 106 candidates scored grade one.

Mohamed said four students in the state scored 9A1s – two from Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa and one each from Maktab Sultan Ismail and Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi here.

He said 73.7 percent of the 21,244 candidates from 112 fully-aided schools passed the examination, an increase of 0.7 percentage point from 1998.

Kelantan also recorded 100 percent passes in two subjects – Pendidikan Syariah Islamiah and Rekacipta.

Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0405&pub=Utusan_Express&sec=Home_News&pg=hn_03.htm

Bukti pelajaran ugama, akademik boleh serentak

Berita Harian, 10 June 1969, Page 10

Bukti pelajaran ugama, akademik boleh serentak – HAJI GHAZALI JAWI

SEKOLAH Izzuddin Shah, sa-buah sekolah menengah ugama untok kanak2 lelaki, telah membuktikan bahawa pelajaran ugama dan akademik boleh di-ajar serentak dengan jaya-nya di sekolah2 ugama.

Tuan Haji Ghazali bin Haji Jawi, Menteri Perta-nian dan Sharikat Ker-jasama yang memulakan projek chubaan itu sa-puloh tahun lalu, sangat sukachita dengan keja-yaan tersebut, ketika be-liau melawat sekolah itu semalam.

Tuan Haji Ghazali me-nubohkan sekolah itu dan juga Sekolah Raja Perem-puan Ta’ayah ketika ia menjadi Menteri Besar Perak dan memulakan pelajaran ugama dan aka-demik di-sekolah2 itu sa-bagai satu projek chu-baan.

“Ada beberapa kera-guan ketika projek itu di-mulakan, tetapi akhir-nya ternyata bahawa chubaan itu berjaya,” ka-ta Haji Ghazali.

Bukti tentang kejayaan itu ia-lah kejayaan che-merlang penuntut2 Seko-lah Izzuddin Shah dalam pepereksaan Sijil Perse-kolahan Malaysia tahun lalu.

Semua sa-kali dari 53 orang penuntut lelaki yang menyertai peperek-saan itu telah lulus. Enam orang dari mereka me-lanjutkan pelaja-ran di-Kolej Islam Pe-taling Jaya.

Sumber:http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19690610-1.2.120

Kemajuan sekolah Izzuddin Shah

BERITA HARIAN – 20 Mac 1968 (Muka Surat 7)

Ruangan: SURAT2 dari PEMBACHA

Lanjutkan pelajaran ka-Varsiti Azhar

Hari Ini Dalam Sejarah: Perasmian Sekolah Menengah Agama Lelaki Negeri Perak Yang Pertama

Pada hari ini dalam tahun 1959, DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Yussuf Izzuddin Shah, telah merasmikan pembukaan Sekolah Menengah Agama Laki-laki Kerajaan negeri Perak.  Sekolah ini adalah sekolah menengah agama yang pertama di Malaysia yang menggabungkan pelajaran agama dan akademik di peringkat Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia. Dalam tahun 1960, sekolah ini dinamakan, Sekolah Izzudin Shah mengambil sempena nama Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah. Sekolah ini dibina di Tiger Lane, Ipoh, bertujuan untuk menampung pelajar-pelajar Melayu Perak yang tidak dapat melanjutkan pelajaran di sekolah-sekolah berasrama penuh supaya dapat meneruskan pelajarannya yang berorentasikan keagaman. Ia bertujuan untuk memberikan pendidikan agama secara formal dan sistematik selaras dengan pendidikan moden untuk melahirkan pegawai-pegawai tadbir, eksekutif, pendidikan dan ulamak yang sentiasa berpegang teguh dengan nilai-nilai agama. Ia juga bertujuan untuk menampung pelajar-pelajar di negeri Perak supaya dapat menyambung pelajaran di peringkat menengah dan seterusnya ke peringkat tinggi. Pada mulanya sekolah ini ditadbirkan oleh sebuah Lembaga Pengurus yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak. Lembaga Pengurus ini bertanggungjawab merumus dasar dan polisi sekolah, mengawas pentadbiran sekolah, merancang sukatan pelajaran dan Kurikulum, pemilihan guru-guru akademik dan rabie thanawi. Pada tahun 1978, sebuah Lembaga Pentadbir ditubuhkan yang bertujuan untuk melicinkan pengawalan dan pentadbiran sekolah serta membuat perancangan dan dasar sekolah. Lembaga ini dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Kedua-dua Lembaga Pengurus dan Lembaga Pentadbir ini adalah juga bertanggungjawab kepada Sekolah Menengah Agama Raja Perempuan Ta’ayah. Pada peringkat awalnya, sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan, dua tingkat asrama pelajar dengan tingkat bawah digunakan sebagai bilik darjah untuk menampung seramai 80 orang pelajar kumpulan pertama. Pada hari ini, Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah mempunyai lima blok asrama dua tingkat dan lebih kurang 500 orang pelajar; dua blok bangunan untuk bilik darjah, sebuah Dewan Makan, sebuah Dewan Besar (Dewan Tan Sri Ghazali Jawi), bangunan rumah pengetua, guru dan rumah kakitangan. Beberapa bangunan baru akan dibina bagi menampung keperluan pelajaran dan makmal sains.

Sumber: http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=4908